SUDAH hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Zizi Kirana, pelakon Yusuf Bahrin mengakui sedih dan tersinggung apabila sering dihujani pertanyaan mengenai zuriat.
Yusuf, 33, berpendapat soalan tersebut adalah tidak wajar diajukan sebaliknya lebih baik sekiranya orang ramai mendoakan mereka dikurniakan zuriat.
“Sehingga kini masih dapat soalan tersebut memaandangkan kami sudah hampir empat tahun berkahwin. Kami suami isteri sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing dan sentiasa berusaha.
“Namun masih belum dapat cahaya mata itu lagi.
“Bagi saya, soalan tersebut sensitif dan tidak wajar. Daripada bertanya, adalah lebih baik doakan supaya kami dapat zuriat. Saya juga manusia, ada perasaan sedih dan terasa hati. Jujur yang saya tidak berapa selesa dengan soalan itu,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
dia ni dari kecik memang handsome
bapak dia pun handsome masa muda
adik2 dia je Iols tak penah jumpa, entah2 hensem jugak. memang genetik gamaknya
bersabar lah usop oii. abang & kak ipar Iols dulu pun lama kahwin, baru dapat anak
sepupu Iols lagi la, berbelas tahun kahwin, baru dapat
nanti ada la tu. pekakkan je la telinga orang tanya. sibuk je