Baru-baru ini, penyanyi Irfan Haris berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki yang mahu menjadi abang iparnya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Emi Malaysia, Irfan berkata lelaki tersebut mestilah lebih menarik berbanding dirinya serta ciri fizikal yang tinggi dan memakai cermin mata.
“Dia kena impress saya dahulu. Dia kena pakai cermin mata, suka pakai topi dan tinggi. Dia mestilah lebih handsome dari saya dan merupakan seorang hero Malaya,” katanya.
Sementara itu, Irfan berkata abang iparnya perlulah mempunyai bakat dalam nyanyian dan lakonan.
“Dia mestilah seorang yang boleh bernyanyi dan berlakon. Dua perkara ini sangat penting,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan ciri-ciri yang disebut itu ada pada pelakon Fattah Amin. Malah, ada yang berseloroh Irfan tidak berselindung langsung.

SUMBER: TikTok Emi Malaysia
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|