CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Norman Tak Pernah Ambil Anak Untuk Jaga, Datang Jumpa Macam Orang Luar” - Abby Abadi

24-4-2025 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5234| Komen: 118|Original author: Raline

abbbyyy.png


Pelakon Abby Abadi mendakwa bekas suaminya iaitu Norman Hakim tidak pernah memarahi anak mereka, Marissa Dania jika melakukan kesalahan.

Menerusi sesi siaran langsung, Abby mendakwa Norman seperti tidak kisah dan di awal perceraian mereka 17 tahun lalu aktor itu tidak pedulikan anak-anak.

“Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat. Dia tidak pernah marah Marissa. Tidak pernah pun Marissa itu kena tampar atau pukul, benda itu tidak berlaku.

“Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga. Datang jumpa pun macam orang luar,” katanya.

Tambah Abby lagi, dia turut meluahkan rasa kesal kerana membiarkan Marissa lari ke keluarga Norman setiap kali dimarahi olehnya.

Malah Abby mendakwa bekas suaminya itu sering melepaskan diri apabila ada masalah dan disebabkan itu tidak merasakan tiada sebab untuk kembali berbaik dengan Norman.



“Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik. Saya rasa tiada keperluan.

“Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu bagi Marissa pilihan kedua. Saya marah Marissa, dia lari ke keluarga Norman,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 24-4-2025 10:15 AM
banyak yang di pedam sebenarnya oleh abby ni..
Quote Samerosie 24-4-2025 10:49 AM
Abby, apa nak kesal ini perjalanan hidup kamu dan anak kamu.  Kalau kau bungkus dgn bubble wrap pun anak tu kalau dah mmg tertulis, akan jadi juga.  Dr pointing fingers, just chillex start anew dgn anak menantu dgn madu, or totally ignore them termasuk anak tu. Nak buat camne dah terjadi pun tak boleh patah balik masa.
Quote fattymah 24-4-2025 12:24 PM
Noh.. tiber cemgini.. kut selak urtv bukanke dulu cerita cam lain..
Quote cantthinkofany 24-4-2025 12:35 PM
nape tetiber keluar semua citer ni? sumthing happen yg buat abby ni mengorek kenangan silam
Quote fattymah 24-4-2025 02:05 PM
dah lupa ke terawih bershama-shama kat sejid kayellcici..
Quote sweetfasha 24-4-2025 02:13 PM
abby bebetul boom. norman pun sama, kenapa kau abaikan nafkah dan tjawab pada anak anak..

betul lah kata abby, lelaki ni tjawabnya besar. bukan sekadar romantik je..
Quote noor2 24-4-2025 02:28 PM
Akak baca IG Memey diserang nitizen penyondol setelah luahan yebby...
Quote Sheila1987 24-4-2025 02:37 PM
Rasanya Abby ni banyak pendam. Dia mula2 maafkan supaya anak dia dapat kehidupan lebih baik sebab ibu bapa berceraikan.

Tapi bila kes Marissa ni orang nampak buruk Abby je. Dengan anak dia pon lebihkan Norman. So nampak Abby yang problem. Sebab tu Abby luah pengorbanan yang dia buat sedangkan Norman bukan bapa bertanggungjawab. Aku pon ingat norman ni bertanggungjawab je. Sebab tak de issue sebelum ni.

Kat sini aku ada soft spot sikit la kat Abby. Cuma ye lah dah 17 tahun baru dia nak bising. So orang nampak buruk Abby kat sini. Tapi kalau Abby teruk, baik dia jadi cam yg anti vaksin tu. Pak dia bayar je nafkah. Banyak jugak kalau ikut kalau orang biasa terlebih banyak. Cuma orang kecam sebab pak dia tak peduli anak sedangkan maybe takut sama or tak nak gaduh. So lepas dan tak bertanggungjawab la kiranya.
Quote KamikuP 24-4-2025 02:41 PM
Betul ke Normiang lempang si Aslam..?
Quote Binodino 24-4-2025 02:43 PM
KamikuP replied at 24-4-2025 02:41 PM
Betul ke Normiang lempang si Aslam..?

Bukan normiang, tapi suami baru yebbi.
Quote lazim 24-4-2025 02:45 PM
Boleh caya ke dia ni. Dulu penh baca forumer cite, dak danish tu ms sekolah pnh mintak pinjam fon sbb nk pastikan siapa pickup dia. Forumer tu kata, tukar2 yg pickup.. kdg abby, memey, norman.. tapi tb2 skrg mcm dia srg plk segala2nya
Quote apedehal 24-4-2025 02:47 PM
noor2 replied at 24-4-2025 02:28 PM
Akak baca IG Memey diserang nitizen penyondol setelah luahan yebby...

Rasakan la..dolu xsempat nak merasa diserang netizen
Quote lazim 24-4-2025 02:47 PM
Iols teringat balik tertgk klip kt fb tadi. Rasanya whi.. dia teresak2 masatu. Kejadian tu buat dia rasa masa depan yg dia bayangkan selama ni hancur dan dirampas.  Dan pada thn 2025 adakah dia merasakan benda yg sama, septutnya dia yg rasa senang tu.

Taaaapi klu norman t20 tu iols rasa krn memey.
Quote aammyy 24-4-2025 02:48 PM
Ini semua salah dak Aslam

Mula dgn dia up cakap dah mintak maaf kat Abby kan
Quote Sheila1987 24-4-2025 02:55 PM
Edited by Sheila1987 at 24-4-2025 03:08 PM
lazim replied at 24-4-2025 02:45 PM
Boleh caya ke dia ni. Dulu penh baca forumer cite, dak danish tu ms sekolah pnh mintak pinjam fon sb ...


Dia bukan isu tu je bab nafkah ni. Tambah2 depa bercerai masa anak2 masih kecil. Banyak duit nak guna. Rasanya boleh caya sebab tak pernah baca plak Abby fight kat mahkamah pasal nafkah. Salah abby gak kat sini dia tak pernah fight pasal nafkah. Terlalu baik sangat sampai isu nafkah pon tak pernah fight. Macam anti vaksin tu dia pernah fight. Rasanya 2 org RM3K sebulan tak silap. So oklah atleast ada dan kalau org biasa agak mencukupi. Cuma yg antivaksin tu bapak dia orang dok hentam sebab antivaksin dok bising dan bapak nampak tak peduli. Sedangkan nafkah bayar agak banyaklah untuk 2 org kalau orang biasa2 ni. Macam norman orang puji sebab nampak baik je ngan abby dan anak2. Rupanya part nafkah tak bayar pon. Ini yang aku baca lah dr luahan abby. So mmg salahla norman, anak2 kecik semua pelepas beban kat abby. Salah abby dulu tak fight, now bising. Tapi aku team abby lagi.
Quote MissVixen 24-4-2025 03:00 PM
Dah luahkan tu, lupakan je si marrisot dan jormiang tu. Stress dan sedih selalu nanti datang penyakit pulak. Fokus dekat jai dan anak2 lain.
Quote Prickford 24-4-2025 03:00 PM
Dah tak larat nak pendam ni. Kasi hantam satu kali. Orang sabar ni ada level nya. Sampai satu level yg takleh tu, kau tabur intan berlian pon dia terajang nya muka kau.
Quote chandrahusin 24-4-2025 03:01 PM
apa lagi perang lah
harap memek & laki plk bg kenyataan
sila berbalas entah2 Abby bengang je tgk memek asik masak2 bagi laki makan
laki plk makan mcm kan sedap sgt
Quote noor2 24-4-2025 03:59 PM
apedehal replied at 24-4-2025 02:47 PM
Rasakan la..dolu xsempat nak merasa diserang netizen

Dulu x de viral2 mcm.sekarang..teknologi hp belum canggih

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.118038 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top