CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tiada Lagi Yang Tanya Bila Nak Kahwin” - Amira Othman

24-4-2025 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7248| Komen: 125|Original author: Raline


amirrra.png


Penyanyi dan pelakon Amira Othman berkata dia terkejut apabila tiada lagi yang bertanya bila dia akan berkahwin pada raya tahun ini.

Memetik Harian Metro, Amira berkata dia meluahkan rasa syukur dengan sambutan single terbaharunya, Bila Nak Kahwin.

Katanya lagi, mungkin orang tidak bertanyakan mengenai soal kahwin selepas tahu mengenai lagu nyanyiannya itu yang menjawab mengenai jodoh adalah ketentuan Tuhan.



“Saya juga tak sangka penerimaan pada lagu itu seluas itu dan percaya itu rezeki yang dipinjamkan Allah SWT dan saya harus sentiasa ingat dan bersyukur selalu. Apa yang mengejutkan, tiada pula orang yang tanya bila saya nak kahwin pada raya tahun ini.

“Mungkin orang sudah tahu tujuan lagu itu dihasilkan untuk menjawab persoalan mengenai jodoh, rezeki dan masa depan yang semuanya ketentuan dari Tuhan,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah tahun ini merupakan tahun terakhirnya berstatus solo, Amira hanya mengharapkan yang terbaik.

“Soalan yang ditanya kali ini sudah bertukar pula iaitu saya cuti sampai bila? Apapun, saya hargai peminat dan penyokong yang doakan yang terbaik itu,” katanya.

SUMBER: Harian Metro, Rotikaya



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 25-4-2025 01:34 AM
dh terang2 ko skrg dh ada bf..mmg la dorg xtny dh..asik digossiping je smpi rmi meluat..hehehe
Quote mamaterrer 25-4-2025 05:15 AM
Desperatenye uols ni
Quote sukanyanyi 25-4-2025 06:25 AM
Org tak tanye dh bila nk kawin.. tp org tanye, bila nk kawin ngn attah? Haha
Quote iluma 25-4-2025 07:23 AM
sama berlendir aku tgk
sebelum dia kena gosip ngan patah
ko pun aku x kenal sapa mira
HAHHAHAHHA
Quote SherryZass 25-4-2025 08:10 AM
Apakah?
Dia macam baling batu sembunyi tangan. Ngengada
Orang tanya bila nak kahwin dengam dudatah je.
Quote MatDeghem 25-4-2025 08:16 AM
Jangan tak jadi....satu kampongg sudah tahuuuu

Quote MadameOnion 25-4-2025 08:44 AM
MatDeghem replied at 25-4-2025 08:16 AM
Jangan tak jadi....satu kampongg sudah tahuuuu

insyaallah jadi..jom la kita sama sama doakan...semoga cepat dihalalkan pasangan cinta ibadah..duda islamik dan dara solehah ni..sesuai sangat dah..berdenyut dah...mesti ledek dah sedia peluru tau utk kecam org yg takda kena mengena kalau pasangan ni tak jadi..i can see it coming
Quote BoongaKertas 25-4-2025 09:00 AM
mcm dejavu, teringat zulin. sbb soalan kat dia asek laa psl kawen. kesian jadi pompuan ni, patut tnya lah bedul, dia yg jantan. dia yg kena meminang. yih soalan pun!
Quote jiwakacau06 25-4-2025 09:03 AM
BoongaKertas replied at 25-4-2025 09:00 AM
mcm dejavu, teringat zulin. sbb soalan kat dia asek laa psl kawen. kesian jadi pompuan ni, patut tny ...

tau dah jawapan bedul...doa baik2...saya tak tahu apa2...
Quote black_handbag 25-4-2025 09:33 AM
gedikla ko ni. ko igt ko tu taraf2 mira basic ke kawin siap astro buat live lagi. ke ko igt ko tu taraf2 jahlop kawin. kesian gila perhatian dan publisiti. sblm ni dia sendu2 so so je kerjayanya, bila ada gosip dgn kayu terus org kenal ye
Quote chandrahusin 25-4-2025 09:35 AM
klu ada yg berkenan di hati
pinang je lah lelaki tu
boleh je pempuan pinang lelaki
lagi2 lelaki yg baik2 mcm yg digembar gemburkan
Quote misstakkepoh 25-4-2025 09:41 AM
Kau kalau bukan sebab marketing dengan duda tu,, ko masih sendu yaw!
Quote Nnasda53 25-4-2025 09:51 AM
Mmg la tak dak yg tanya ko bila nak dah kawen.
Sbb semua sibuk duk suh ko kawin cepat2.
Iols sokong je ko kawen cepat2 dgn dudah tu.
Sbb Iols tak selesa tgk bawa imej2 alim imej muslimah ni mencemarkan nama agama islam.Ramai yg akan tersalah kefahaman,benda yg haram jadi tontonan terutama yg bawa imej2 org baik,baca quran kuliah agama sana sini tapi akhirnya mengheret ramai org menyokong benda yg salah atau haram.
Iols doakan semoga cepat2 la nikah.

Quote _kelly 25-4-2025 09:59 AM
hajah terpaling gedik dalam sejarah..kalah jahlop
Quote BoongaKertas 25-4-2025 10:08 AM
black_handbag replied at 25-4-2025 01:33 AM
gedikla ko ni. ko igt ko tu taraf2 mira basic ke kawin siap astro buat live lagi. ke ko igt ko tu ta ...

tbh kan chuols, iols kenal minah ni dulu dr kenal bedul. maybe sbb mmg nyampah dgn kekayuan jati bedul dari zmn dgn akak ruhainis tu kan. annoying siak muka heols dlm drama tu. rasa nak lempang. hahaha! dah lah keding cenggitu jd playboy. u so confident boi! giler iols mencerca heols dlm citer tu. dem son, iols terterobek plak. ok lari topik.
Quote BoongaKertas 25-4-2025 10:09 AM
Nnasda53 replied at 25-4-2025 01:51 AM
Mmg la tak dak yg tanya ko bila nak dah kawen.
Sbb semua sibuk duk suh ko kawin cepat2.:curse ...

tulah tu, kang semua org ingt islam allowing couple thingy. lol. yislamik couple katanya chuols.
Quote ell2026 25-4-2025 10:14 AM
sian ko dik..selagi ko dekat dgn duda tu selagi tulah ko kena kecam..kalo dah kawen dgn duda pun pon tetapla ada yg meroyan..hidup ko dah aman2 sblm ni low profile tiap thn ada je lagu keluar..baik cari ongkaya yg bukan retis dik mcm nabila tu
Quote seri_mawr 25-4-2025 10:16 AM
tak tahu mcm mana nak komen...

doanya semoga cepat2 kawen dgn ayah fatima la hendaknya...

jgn x jadi sudah...kang korang x jadi...ada org lain pulak kena kecam...fans duda lain macam....
Quote Nnasda53 25-4-2025 10:26 AM
BoongaKertas replied at 25-4-2025 10:09 AM
tulah tu, kang semua org ingt islam allowing couple thingy. lol. yislamik couple katanya chuols.:l ...

Yislamik lah sangat2.
Bawa imej yislamik tu elok dah sangat.
Tapi tak sepadan dgn tindakan duk ngekor dudah tu merata2.
Kalau di katakan hal kerja ampunla lagi konon tak dapat elak(ni ayat2 penyokong tibaiunta pasangan nih)
Meskipun memenuhi undangan sekalipun jgn la duk tunjuk sgt duduk tepi si dudah tu.
Banyak lagi kerusi2 kosong tapi gigih juga supaya di sebut2.
Jagalah batas sebagaimana faham bacaan dlm al quran tuh.
Sbb tu la manusia ni jgn terpedaya dgn amalan2.
Bertanggungjawab sendiri nanti atas nawaitu yang kita sendiri buat.


Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043323 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top