CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hutang Shuib dah makin berkurang, tak sampai puluhan juta ringgit

23-4-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 682| Komen: 7|Original author: Raline

sh.PNG


Shuib menganggap hutang mencecah puluhan juta ringgit yang sedang ditanggungnya adalah perkara biasa memandangkan dia membuka perniagaan berskala besar.

Bagaimanapun kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, dia berjaya membayar sebahagian hutang miliknya hanya dalam tempoh dua bulan.

"Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.

"Saya percaya apabila buat perniagaan bernilai jutaan ringgit, hutangnya pun begitu juga," katanya kepada mStar.



Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran restoran Nasi Bakar Bangkit di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Restoran cawangan di Bandar Permaisuri, Cheras itu turut melantik anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin sebagai duta restoran berkenaan.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu setiap bulan dia akan berkunjung ke beberapa agensi kerajaan bagi berbincang cara terbaik menyelesaikan hutang tertunggaknya.

Kata Shuib dia bersyukur kerana semua pihak yang terbabit banyak membantu dan memberi nasihat agar dia dapat menyusun pembayaran dengan baik tanpa culas.

"Dalam sebulan memang akan jumpa pihak agensi kerajaan, tiada masalah dan semakin baik.

"Kami berbincang cara pembayaran dan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini," jelasnya.



Selain pihak bank, hutang Shuib turut membabitkan beberapa agensi kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Melihat kepada perkembangan perniagaannya semakin positif, Shuib yakin mementum itu dapat dikekalkan sekali gus membantunya melunaskan hutang tetap pada waktu.

Janji Shuib, dia tidak akan lari daripada tanggungjawab dan akan melangsaikan hutang-hutang ditanggungnya.



"Saya melihat perniagaan saya sedang meningkat kembali. Jadi saya harap ia terus berkekalan.

"Perniagaan memang akan ada turun naik. Jangan risau saya akan berusaha selesaikan dan percaya Allah akan bantu dan permudah urusan saya," katanya.



Pada Februari lalu, Shuib mengaku menanggung hutang mencecah puluhan juta ringgit selain berdepan tindakan mahkamah susulan gagal membayar caruman Perkeso selain didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 23-4-2025 11:39 AM
Sembanggggggggggggggggggggg   
Quote ihtisyam1 23-4-2025 11:44 AM
dah byr la tunggakan KWSP staff tu semua?
Quote MakcikTermenong 23-4-2025 12:02 PM
Jijik!
Quote BungaKencana 23-4-2025 12:04 PM
puluhan juta eh... tp shahmira mana ada keje sgt skrg selain pokkas & baru2 ni jual baju melayu...cmne byr tu..
Quote nazriatie 23-4-2025 10:00 PM
Kenapa wati mcm x bersiap time gmbr raya tu? Especially baju pink tu
Quote Tiggybiru 25-4-2025 07:24 AM
Baguih2 ingat ya kena bayar…kalau tak kena tuntut di akhirat kikiki
Quote shernazz 25-4-2025 07:28 AM
Eloklah kau bayar hutang
Jangan sembang je lebih
Tapi hutang takde jelaskan pung..
Orang lain bergolok gadai nak langsaikan hutang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.038700 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top