Majlis persandingan penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri bersama suaminya, Daniel Iskandar meriah dengan kehadiran para tetamu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Erissa, 22, dilihat bersama suaminya sedang berarak masuk ke dewan majlis bagi malam bersanding.
Pada perkongsian itu, Erissa menggayakan busana pengantin berwarna perak atau ‘silver’.
Bagaimanapun, busananya itu dianggap kurang sopan bagi majlis perkahwinan adat Melayu, terutama sebagai umat Islam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan busana Erissa pada malam bersanding itu yang dikatakan mengikut budaya barat. Selain itu, warganet turut mendoakan agar suaminya, Daniel Iskandar mampu untuk membimbing Erissa ke arah yang lebih baik.
Sumber: OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|