CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia

23-4-2025 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1342| Komen: 15|Original author: Raline

ke.PNG


KOTA BHARU – Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia selepas mencatatkan indeks jenayah pada tangga kedua terendah hasil laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, melalui indeks itu, Kelantan mencatatkan skor 96 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Jenayah indeks itu melibatkan jenayah kekerasan, bunuh, mencederakan, harta benda, rogol, rompak serta mencuri.

“Justeru, Kelantan mencatatkan negeri kedua paling selamat selepas Sabah menerusi laporan terbaharu DOSM,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan memberitahu, masalah sosial dan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang melibatkan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu kepada negeri-negeri tertentu sahaja.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 23-4-2025 06:31 AM
Dan juara negeri terkotor
Quote acikonion 23-4-2025 06:38 AM
No. 2 plg selamat wpun ada peningkatan kes sumbang mahram
Quote tapirbiru 23-4-2025 08:20 AM
selamat walaupun kt sana kambin jua dirogol
Quote n3ar 23-4-2025 08:26 AM
blah sana walaupun kes ambil pil kuda banyak, tapi tak dinafikan jenayah rompak pecah rumah kurang...

orang2 kat sana kadang2 tak kunci pun pintu rumah bila keluar..

tapi mungkin gak sebab SSJKP yg muda2 buat onar dah lari ke negeri lain, manakala kat klate sendiri ramai tinggal yg tua pencen je dan pekerja gomen
Quote sapeka 23-4-2025 08:38 AM
Ye betul
Quote toynme 23-4-2025 08:50 AM
n3ar replied at 23-4-2025 08:26 AM
blah sana walaupun kes ambil pil kuda banyak, tapi tak dinafikan jenayah rompak pecah rumah kurang.. ...

dia tak rompak geng geng dia
sskjp kekdahnya
Quote nazzse 23-4-2025 10:32 AM
n3ar replied at 23-4-2025 12:26 AM
blah sana walaupun kes ambil pil kuda banyak, tapi tak dinafikan jenayah rompak pecah rumah kurang.. ...

Orang sana tak rompak rumah sbb takut. Orang sekeliling kenal satu sama lain, klu buat onar boleh agak sapa.

Penjenayah sana curi besi buruk, kabel TM. Tak kena tangkap
Quote B40tastePosh 23-4-2025 12:23 PM
Selamat di Serambi.

Mari ke Serambi. Pasar Siti Khadijoh ada di Serambi.
Quote pokokmeranti 23-4-2025 12:27 PM
selamat di dunia belum ttu selamat di akhirat....yg penting jangan perlekehkan permerintan isleyyy di kelantae
Quote B40tastePosh 23-4-2025 02:40 PM
pokokmeranti replied at 23-4-2025 12:27 PM
selamat di dunia belum ttu selamat di akhirat....yg penting jangan perlekehkan permerintan isleyyy d ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Quote grouper 23-4-2025 07:00 PM
Negeri mana paling x selamat n kedua x selamat..nak tau tu je...sebab nak pindah klau duk negeri tu
Quote MarryPottet 23-4-2025 09:55 PM
Negeri yg paling tak selamat sudah tentulah negeri dimana paling ramai rakyat serambi berhijrah ke negeri tersebut
Quote hmmlantakko 23-4-2025 10:53 PM
bitter kekdahnya ciikpor2 dgn kelantan. like eating the sour grapes for life[em:4:]
Quote pearl.silver 24-4-2025 10:44 AM
Rating diberi ikut berapa kes dilaporkn ke?
Mcm xcaye lak
Sbb negeri sana kn mcm lubuk dadah, import direct dr negara jiran
Even tokei product kaya raya xdikenali productmya berlambak kt sana, diragui bisnes nya
Quote KamikuP 24-4-2025 02:13 PM
Selamat mmg selamat, nak tengok tikus beso kucing? Silalh hadir ke Pasor Siti Khadijah yaach

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037030 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top