CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bront Palarae tercalon Baannang Klang Lakorn Awards ke-21

23-4-2025 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1297| Komen: 28|Original author: tatod

1000020316.jpg





PETALING JAYA: Pelakon, Bront Palarae, 46, bersyukur kerana tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Baannang Klang Lakorn Awards 2024, Thailand.


Bront atau Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, tercalon menerusi lakonannya dalam filem seram Thailand, The Cursed Land sebagai Heem.


“Buat masa ini saya tiada sebarang komen melainkan Alhamdulillah.


“Selamat hari raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Bront bersaing dengan lima pelakon lain iaitu Benjamin Varney (In Youth We Trust), Bhumipat Thavornsiri (In Youth We Trust) Wanarat Ratsameerat (Taklee Genesis), Sanya Kunakorn (How to Make Millions Before Grandma Dies), dan Pongsatorn Jongwilas (How to Make Millions Before Grandma Dies).



Selain Pelakon Pembantu Terbaik, filem The Cursed Land turut tercalon dalam tiga kategori lain iaitu Best Picture, Best Actor, dan Best Supporting Actress.


Baannang Klang Lakorn Awards merupakan anugerah berprestij yang memberikan pengiktirafan kepada naskhah televisyen dan platform penstriman Thailand yang cemerlang sepanjang tahun 2024. – UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 22-4-2025 06:51 PM
semoga bront menang
Quote nadie90 22-4-2025 07:11 PM
Tahniah Bront
Quote awanearisu 22-4-2025 07:14 PM
Tahniah Bront. Semoga berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Baannang Klang Lakorn.
Quote Nozot 22-4-2025 09:06 PM
Tahniah Bront..
Indon dah tawan, sekarang Thailand pula.. senyap2 projek jalan.
Quote hyie 22-4-2025 09:54 PM
macam mana nama bront palarae tu wujud ye? ke tu bahasa Thai since heols boleh berbahasa Thai
Quote dua_chzy 22-4-2025 10:01 PM
Congrats Bront. Dia yang buat cerita tu hidup. Nak harapkan pelakon Thai terutama yang jadik anak dia tu, meols ghasa nak picit2 ja on screen sebab tak sampai lakonan deol. Tapi makcik yang jadik nenek dok dale utan tu, ok.
Quote dua_chzy 22-4-2025 10:01 PM
Apsal la Viu tanak kuar duit buat The Bridge 3. Huhu...
Quote sayawifenikmie 23-4-2025 07:22 AM
makin tua makin handsome ulak dia ni
Quote ardy 23-4-2025 07:29 AM
“Selamat hari raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ni pun nk direport kan... hahaha...
Quote apedehal 23-4-2025 07:43 AM
Dia ni sgt sempoi kalau jumpa.. mkn kat kedai pakai slipper je dia tgh layan mkn asam pedas sorg2.
Semoga menang bront, yg ni baru betul2 A lister
Quote matbad 23-4-2025 09:21 AM
hyie: macam mana nama bront palarae  ...

Mak heols kan thai..mgkin mak dia bgi nama gelaran tu utk bahasa thai la kot..iols pn buat palatou hahahaa
Quote apedehal 23-4-2025 09:25 AM
matbad replied at 23-4-2025 09:21 AM
Mak heols kan thai..mgkin mak dia bgi nama gelaran tu utk bahasa thai la kot..iols pn buat palatou  ...

Bront nama panggilan kwn2 sekolah..palarae nama family mak dia
Quote wadiunong 23-4-2025 09:33 AM
best movie The Curse Land tu. dlm movie ni Bront nampak menyerlah compared movie Pengabdi Setan tu Bront tenggelam kt pelakon2 Indon
Quote dubuk 23-4-2025 09:47 AM
Tahniah bro
Quote fido_dido 23-4-2025 12:37 PM
diam2 je dia tempa nama kt luar..tahniah bront
Quote matbad 23-4-2025 01:53 PM
apedehal replied at 23-4-2025 09:25 AM
Bront nama panggilan kwn2 sekolah..palarae nama family mak dia

Ohh ok ok tq..mcm kwn aku la guna jgk family name mak dia
Quote sukacactus 23-4-2025 02:27 PM
Bagus la dia ni, kerjaya seni dia yg berbicara
Dia relax2 je
Quote miss_strangers 23-4-2025 04:47 PM
Bront ni betul2 definisi retis yg fokus bakat n kerjaya.
Quote EncikRhoma 23-4-2025 07:38 PM
Nak tengok kat mana the cursed land tu? Ada platform streaming ke?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.049065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top