CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar sawan selepas hisap vape

22-4-2025 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1719| Komen: 14|Original author: tatod

1000019789.jpg



Kangar: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, di sini, hari ini selepas sawan dipercayai kerana menghisap vape.


Kejadian berlaku sekitar 9.35 pagi apabila pelajar berkenaan bersama dua lagi rakannya keluar kelas tanpa kebenaran guru ketika menjawab kertas ujian Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.


Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, ketika seorang guru lain mengambil tugasan mengawas di kelas itu, dia mendapati mangsa dipapah masuk ke kelas oleh dua rakannya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mulut berbuih.


Katanya, guru bertugas segera melaporkan perkara itu kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi pihak ambulans dan waris pelajar itu untuk dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).



"Siasatan awal kita mendapati, mangsa dipercayai menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah lebih kurang 9.30 pagi.


"Namun begitu, jenis vape belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan pada masa ini dan kita membantu pihak sekolah menyediakan laporan awal," katanya.


Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan guru disiplin dan kaunselor sekolah untuk hadir ke HTF bagi siasatan lanjut.


"Pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis," katanya. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 21-4-2025 07:05 PM
Keluar kelas tengah2 ujian tanpa kebenaran guru?
Quote dua_chzy 21-4-2025 10:11 PM
Mati aje la nak.
Quote dua_chzy 21-4-2025 10:13 PM
Edited by dua_chzy at 21-4-2025 02:15 PM
Decaffeinated replied at 21-4-2025 11:05 AM
Keluar kelas tengah2 ujian tanpa kebenaran guru?


Maksudnya samada 1. Keluar dari bilik ujian senyap2 tanpa pengetahuan cikgu. 2. Keluar kelas tanpa kebenaran cikgu - meaning cikgu tak benarkan tapi dia keluar jah. Cikgu malas nak marah2 stress2 nanti darah tinggi so dia biorkan je tak pi carik lagipun sapa nak jaga kelas yang tengah ujian kalau dia pi carik.
Quote Decaffeinated 22-4-2025 11:26 AM
dua_chzy replied at 21-4-2025 10:13 PM
Maksudnya samada 1. Keluar dari bilik ujian senyap2 tanpa pengetahuan cikgu. 2. Keluar kelas tanpa ...

Susah juga cikgu nak menjawab tu. Ka tak?
Quote dua_chzy 22-4-2025 01:02 PM
Edited by dua_chzy at 22-4-2025 05:03 AM
Decaffeinated replied at 22-4-2025 03:26 AM
Susah juga cikgu nak menjawab tu. Ka tak?


Susah. Hoho. Sebab kat sekolah, apa2 jadik, memang cikgu yang salah. Cikgu tak menang ni kalau kes ni dibawak pi mahkamah.
Quote midori888 22-4-2025 02:15 PM
semoga lepas nie tak hisap vape lagi yer dik...
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2025 02:36 PM
Daripada hisap vape lebih baik hisap batu
Quote KiddInc 22-4-2025 05:58 PM
skrg hisap vape dah canggih...mcm2 flavor...ada yg juga mengkhayalkan...tu la masalah bila x regulate secara betul,pengalaman sendri tgk kenalan rapat pas vape tu dh mcm zombie...ketegak je berdiri....pastu xde eye contact bila borak..

Quote silance 22-4-2025 07:55 PM
..... ketika seorang guru lain mengambil tugasan mengawas di kelas itu, dia mendapati mangsa dipapah masuk ke kelas oleh dua rakannya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mulut berbuih."

Yang kerja di jabatan penting makan rasuah. Yang sedang sekolah hisap vape sampai jadi serupa zombi. Apa mau  jadi la.
Quote kotakbaju 22-4-2025 10:50 PM
Sekolah mana ni?

Dlu waktu aku form 4&5 kat sek teknik kangar, macam2 kes jadi. Stakat hisap rokok laki pompuan ni biasa sangat. Then jiran kami sek syed hassan tu pun sama naik kes macam2. Tapi aku budak baik la tak terjebak haha.
Quote Perawankota 22-4-2025 11:14 PM
Isap mushroom ke
Quote doubleA 23-4-2025 08:03 AM
Sendiri cari penyakit
Quote sapeka 23-4-2025 08:08 AM
Kenapa la ko nak vape vape bagai
Allah dah bg senangkan hidup ko
Sedut je oksigen normal ko nak jugak cari yang susah
Tetiap 10 minit sedut
Klu ko penyakit asma ke ye la jugak nak kena menyedut asap
Entah lah
Quote hayrin86 23-4-2025 08:48 AM
kakikuDibibirmu replied at 22-4-2025 02:36 PM
Daripada hisap vape lebih baik hisap batu

Batu pun mampu merosakkan kesihatan apabila dihisap.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066799 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top