![]()
Ampang Jaya: Seorang ketua balai polis kantoi mengambil dadah ketika berhibur di pusat hiburan di Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu, selepas ujian air kencing mengesahkan kehadiran empat jenis bahan terlarang dalam tubuhnya. Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ketika berhibur dan dipercayai mengambil jus disyaki mengandungi dadah di pusat hiburan itu, jam 5.05 petang. Penahanan pegawai polis itu dalam pemeriksaan mengejut itu dilakukan selepas JSJN Bukit Aman menerima aduan dan maklumat. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan benzo. Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.
"Kes ini disiasat Polis Kontinjen Selangor dan ketua balai polis terbabit direman dua hari bagi membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. |
Orix replied at 21-4-2025 05:18 PM
sepatutnya kalo polis yg buat hal, kena dabel triple multiple hukuman tiada maaf bagimu... jahanam n ...
“Tindakan tatatertib akan menyusul kerana mengambil dadah dan ujian air kencing positif adalah satu kesalahan jenayah,”
jihyomelly replied at 21-4-2025 06:24 PM
slalu mcm tu je kena tindakan tata tertib pastu tukar tempat lain jauh..dah duduk tempat baru masih ...
ADVERTISEMENT