![]()
GAZA CITY: Situasi yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza menyaksikan bekalan makanan di wilayah itu kian terhad sehinggakan ada sesetengah keluarga terpaksa menjadikan penyu sebagai sumber makanan terakhir. Penduduk Palestin akan membersihkan mana-mana penyu yang termasuk dalam jaring ikan dengan membuang cengkerangnya sebelum daging hidupan laut itu dipotong dan direbus sehingga masak bersama bawang, cili, tomato dan rempah. “Anak-anak kami takut dengan penyu itu, jadi kami beritahu mereka rasanya sedap seperti daging lembu. Ada yang sanggup makan, ada juga yang enggan,” kata Majida Qanan sambil memerhatikan kepingan daging merah yang direbus di atas api kayu. Tanpa pilihan lain, ini kali ketiga Majida yang berusia 61 tahun menyediakan hidangan berasaskan penyu untuk keluarganya.
Selepas 18 bulan perang dahsyat berlangsung dan sekatan bantuan Israel sejak 2 Mac, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang krisis kemanusiaan terburuk yang dihadapi 2.4 juta penduduk wilayah Palestin itu. Ketua 12 pertubuhan bantuan utama memberi amaran bahawa kebuluran bukan sekadar risiko, tetapi sedang berlaku dengan pantas di hampir semua kawasan di wilayah tersebut. Penyu laut dilindungi di peringkat antarabangsa sebagai spesies terancam, namun penduduk Gaza terpaksa menjadikan penyu yang terperangkap di dalam jaring sebagai sumber makanan. Majida beritahu, dia membersihkan daging penyu dengan campuran tepung dan cuka sebelum membilas dan merebusnya dalam periuk logam usang. “Kami tak pernah menyangka makan penyu. Sejak perang bermula, makanan semakin sukar didapati. Tiada daging, ayam mahupun sayur, jadi (daging penyu) menjadi pengganti protein,” kata nelayan, Abdel Halim Qanan. - UTUSAN |
Decaffeinated: Apa mazhab dorang ni makan pen ...
Decaffeinated: Apa mazhab dorang ni makan pen ...
intan244 replied at 28-4-2025 10:58 PM
dah boleh kira darurat kot xdak makanan lain.
yg shiah xmakan udang tu ikut yahudi kosher.
ADVERTISEMENT