CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cat Farish hadiahkan isteri lot kedai, dah tak payah berniaga tepi jalan

22-4-2025 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1399| Komen: 15|Original author: Raline

ko.PNG


Enggan lagi berniaga di tepi jalan atau menyertai festival jualan, penyanyi dan komposer Cat Farish membuat kejutan menghadiahkan sebuah lot kedai buat isterinya iaitu Shikin Maembong.

Kasihan melihat kepayahan Shikin berniaga, Cat atau Farish Ramli, 51, memberitahu hadiah itu juga sebagai memenuhi impian isterinya untuk melangkah setapak dalam perniagaan.

Malah baginya dengan ada premis berkenaan akan lebih memudahkan urusan harian mereka bersama.



"Saya lihat awak susah-payah berniaga tepi jalan. Lepas ini kita tak payah pergi mana-mana. Saya rancang kita cari rezeki di sini.

"Ini adalah misi kita. Orang tak tahu kita menangis dua orang," katanya.

Cat berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.



Menerusi video berkenaan, dia membawa Shikin ke lokasi kedia berkenaan yang dipercayai terletak berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Cat turut memohon doa untuk mereka berdua mendapatkan cahaya mata bersama.

"Tak rugi habiskan duit untuk isteri. Ini sahaja saya mampu untuk bahagiakan awak.

"Kita doa sama-sama rezeki cahaya mata pula selepas ini sayang," ujarnya.



Kedua-dua mereka kemudian terus berbincang untuk melakukan proses ubah suai sebelum memulakan pernigaan di sana.

Terharu menerima kejutan daripada suaminya, Shikin turut berkongsi kata-kata penghargaan buat Cat.

"Terima kasi kerana sokong dalam susah senang dan apa sahaja untuk saya. Abi (panggilan Cat), tak malu teman saya berniaga tepi jalan.

"Terima kasih buat impian saya jadi nyata. Sudah lama nak kedai sendiri," ujarnya.



Untuk rekod Cat dan Shikin bernikah pada 13 Julai 2024.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Cat selepas dua kali bercerai.

Manakala Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan pada Disember 2014 namun berceria pada Jun 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Arianna Natasya yang kini berusia 10 tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 21-4-2025 01:24 PM
Dia jual apa?
Quote royaldanish 21-4-2025 01:34 PM

goreng pisang setalam
Quote sukacactus 21-4-2025 01:52 PM
Aik! Ex laki tu ank chef wan sj ke
Bkn ada kawin dgn laki org gak sblm dgn si cat ni
Quote Glass_shoes 21-4-2025 02:05 PM
cicicumel replied at 21-4-2025 01:24 PM
Dia jual apa?

IMG_20250421_140304.jpg
Quote Burong_Hantuk 21-4-2025 02:13 PM
Jujur..aku geli tgk Cat nih...selekeh & nampak kepam
Quote phalanx 21-4-2025 02:16 PM
Mende la beli kedai. Elok niaga dekat event, kos kurang, modal kecik, ROI tinggi sebab ada alasan harga event.. kalau bukak kedai kena bayar sewa, bil api air rate komersial bukan domestik. Tapi terpulanglah. Duit sendiri kan
Quote Sendawg 21-4-2025 03:33 PM

Dada. Besar buah dada dia.
Quote kucingitam 21-4-2025 03:42 PM
tahla..unless kau buat kedai makan, cafe ok lah ada lot kedai..kalau jual gorpis kat lot kedai..hmm..
Quote PinkyPie 21-4-2025 03:44 PM
Harap jantan Tu mmg guna duit sendiri. Selama ni dok lenjan mentua punya harta je.
Quote thelilyallen 21-4-2025 05:19 PM
PinkyPie replied at 21-4-2025 03:44 PM
Harap jantan Tu mmg guna duit sendiri. Selama ni dok lenjan mentua punya harta je.

Ni masa dengan wife lama ke?
Quote merahrose 21-4-2025 05:22 PM
ikutkn buka kedai ni kos overhead lg tinggi dr gerai..dh la area tu sewa pn boleh tahan..harap2 boleh bertahan lebih 2 tahun la buka kedai tu..
Quote PinkyPie 21-4-2025 05:32 PM
thelilyallen replied at 21-4-2025 05:19 PM
Ni masa dengan wife lama ke?

Ex yg Bangi dulu. Ex yg baru ni masa cerai ada gak ex bising pasal duit motor ke apa ntah.
Quote thelilyallen 21-4-2025 07:07 PM
PinkyPie replied at 21-4-2025 05:32 PM
Ex yg Bangi dulu. Ex yg baru ni masa cerai ada gak ex bising pasal duit motor ke apa ntah.

Ex yg ni kerja dekat agc kan. Lalu ye dengan si kucing kepam ni dulu
Quote Piramida 21-4-2025 07:13 PM
phalanx replied at 21-4-2025 02:16 PM
Mende la beli kedai. Elok niaga dekat event, kos kurang, modal kecik, ROI tinggi sebab ada alasan ha ...


Nak buat central kitchen kot... So boleh produce in big capacity.
Memang beli ke... Or sewa je tu?
Quote Zeelalala 21-4-2025 07:14 PM
I pernah beli kek yg shikin ni buat, serious sedap. berbaloi dgn harga. dan orgnya baik

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046128 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top