CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Nadira bersih kontroversi, offer berlakon tak putus-putus

22-4-2025 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1842| Komen: 31|Original author: Raline

rt.PNG


Lima tahun bergelar pelakon, nama Rita Nadira seolah-olah bersih daripada kontroversi yang kurang menyenangkan.

Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni, 27, berkata dia selesa dikenali melalui bakat dan bukan dengan cerita hangat yang dicipta.

"Tiada apa yang boleh dikontroversikan, saya tidaklah menjaga diri malah ada saja yang mengecam saya dia media sosial tapi mungkin saya malas melayan," katanya kepada mStar.



Walaupun tanpa kontroversi, Rita berkata tawaran lakonan tidak pernah putus dan dia bersyukur dengan rezeki itu.

Malah jadual kerjanya juga tidak terlalu sibuk dan menjalani kehidupan yang seimbang.

"Alhamdulillahh, rezeki saya tak pernah putus. Saya pun tidaklah nak terus meletup sebab bagi saya asalkan ada kerja dan tawaran jadi tiada masalah.

"Ada rehat juga, tapi bagi saya sudah okay kerana kesimbangan itu ada," luahnya.



Dalam pada itu, Rita berkata dia ada menerima nasihat daripada orang sekeliling agar mencipta kontroversi supaya namanya menjadi sebutan dalam kalangan netizen.

Namun dia menganggap tiada yang menarik mengenai dirinya yang boleh menjadi bahan kontroversi.

"Ada saja yang beri nasihat suruh buat gosip atau kontroversi tapi saya tertanya-tanya apa yang saya nak buat, jadi rasa tak payah dan tak nak buat.

"Mungkin ada orang terkenal sebab kontroversi itu rezeki dia, tapi saya tak pernah kejar benda itu," luahnya.



Dalam pada itu, Rita memberitahu setiap tawaran lakonan yang diterimanya tidaklah diambil secara terburu-buru.

Sebaliknya dia mengutamakan minat dan mendapatkan nasihat daripada pengurusnya.

"Dari dulu pengurus saya yang bantu saya memilih dan beri nasihat untuk setiap drama," kongsinya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orglama 21-4-2025 03:01 PM
Sgt cantik orangnya
Quote Kancilkering 21-4-2025 03:23 PM
dia ni x dpt berlakon film ke?
Quote mizruncing 21-4-2025 03:59 PM
lawa dia ni. natural bauty.. suka tgk air muka dia
Quote chandrahusin 21-4-2025 04:05 PM
cantik & boleh berlakon
bebas kontroversi
tak mencapab
beberapa drama sheols yg aku pnh tgk pun
best jgk
Quote toynme 21-4-2025 04:08 PM
lawo la dia ni
Quote Lucy20 21-4-2025 04:15 PM
natural beauty & cutting model
Quote selipar_hijau 21-4-2025 04:29 PM
dia ngn chubb-e lagi ke?
best dia berlakon. lawa pun lawa tinggii
Quote sukanyanyi 21-4-2025 05:24 PM
selipar_hijau replied at 21-4-2025 04:29 PM
dia ngn chubb-e lagi ke?
best dia berlakon. lawa pun lawa tinggii

Agaknye la kot, malas nk stalk. Tp iols rase muka sheols matang dari usia, pehtu tak sesuai ngn chubb-e yg npk boyish n lebih rendah tu. Tp dari segi zodiak sesuai ar gemini-libra mcm jena ngn dini.
Quote Lorra2411 21-4-2025 05:49 PM
Sheolss ni watak baik boleh,,, watak jahat pun padu...
Quote nordin84 21-4-2025 05:55 PM
harap ade gandingan sheols dgn ritrud
Quote pocongkiutss 21-4-2025 06:00 PM
Bagi iols dia ni lagi lawo banding peah pujaan acik porem..tp taste org lain2 khen

Cumanya mengapakah taste2 dia mcm aneh2 je sebelum ni , contohnya adik elbulus..boipren skrg kalau rapper tu alahai
Quote Nozot 21-4-2025 06:56 PM
lupa pasal dia nie.. lawa she.. berlakon pun best, tapi masih ada lagi kena baiki lagi.
Quote bambimo 21-4-2025 07:03 PM
Dia jd 2nd lead pun best..drama dia lead dgn zamarul pun best..
So xsemesti nya tak jd heroin tak boleh cari makan...
Quote I.K.A888990 21-4-2025 08:07 PM
nak bandingkan dia dgn alya iman tu..
back to back alya tu jadi lead

last drama rita kat astro tu agak bosan..harap lepas ni dpt watak yg best la rita
Quote gerbera.memopad 21-4-2025 10:15 PM
Cunnya dia ni. Tinggi & pandai berlakon pulak. Muka dia boleh go for urban & desa.           
Quote nadie90 21-4-2025 11:09 PM
Edited by nadie90 at 21-4-2025 03:14 PM

Bagus...dan jugak xdak post gmbr baju singkat nmpk perut la (ad ja cehh), dlm erti kata xberia nak tnjuk seksi dlm media sosial...kat luar xpasti la mcm mana kan....yg penting pndai bawa diri la, xdak cerita buruk dgn laki ka apa2...stkt pernh bercinta ka apa biasa la

Gitu dok up kan dia
Quote aint 22-4-2025 12:45 PM
Rita Nadira ni mmg lawa... muka bujur sirih, rambut ikal mayang, hidung bak selundang, tinggi langsing... well her features almost perfect (sbb yg sempurna hanya yg Maha Esa)...

berlakon pun bagus...

Moga akan bakal menjadi pelakon lagend spt Erra Fazira..
Quote SalenaGomez 22-4-2025 01:49 PM
aint replied at 22-4-2025 12:45 PM
Rita Nadira ni mmg lawa... muka bujur sirih, rambut ikal mayang, hidung bak selundang, tinggi langsi ...

Rita ni ada iras2 kim k
Quote hayati_hassan 22-4-2025 05:30 PM
suka dgn lakonan dia dlm drama
kerana aku suka dgn fikri ibrahim

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048423 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top