CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Norman kahwini saya tak sengaja, dia ‘frust’ dengan orang lain” - Abby Abadi

22-4-2025 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23090| Komen: 520|Original author: tatod

1000020135.jpg


PETALING JAYA – Penat berdiam diri, pelakon Abby Abadi memaklumkan tidak akan berbaik kembali dengan bekas suaminya, Norman Hakim disebabkan sikap lepas tangan lelaki itu.

Dalam masa sama, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, turut meluahkan kekesalan kerana membiarkan anak perempuannya, Marissa Dania lari ke pangkuan Norman setiap kali dimarahi.


“Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang, jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik, tiada keperluan. Saya baik pun orang ambil kesempatan.

“Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu libatkan orang lain atau beri peluang kedua.

“Saya marah Marissa dia akan lari ke keluarga Norman. Lagi senang kalau dengan saya sebab kalau marah budak, dia tak pergi tempat lain.

“Bila ada anak pilihan dia tak dengar cakap kita, kalau kena marah dia suruh bapa dia lari,” katanya dalam sebuah siaran langsung.


Dedahnya lagi, Norman sering berlembut dengan Marissa selain memaklumkan lelaki itu enggan peduli perihal anaknya ketika awal perceraian mereka.

“Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat, dia tak pernah marah, tampar atau pukul Marissa. Benda itu tidak berlaku.

“Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga.

“Ketika itu dia ‘frust’ (kecewa) dengan orang lain tetapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya.

“Saya kahwin dengan dia selama tujuh tahun sahaja tetapi kami memiliki tiga orang anak,” ujarnya.


Semalam, Abby menyelar segelintir individu yang menuduhnya sengaja membuka aib bekas suami berhubung isu tuntutan wang nafkah tiga anak mereka sejak bercerai.

Sejak beberapa hari lalu, Abby dalam media sosialnya lantang bersuara tentang isu nafkah tiga anaknya.

Dia turut mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 22-4-2025 11:41 AM
Ada siapa2 nak salahkan beksin


Abes ungkit kisah silam pulaks. Macam kau tkde kisah silam sendiri jugak kan
Quote kepompong 22-4-2025 11:43 AM
Hal normiang kena ambush dgn pakcik kat area lot rumah kedai tu moment paling memalukan tau.

Kena ke bakyah jadi bekah . Kalau ikutkan bakyah teraniaya kes usung tilam. Tapi skrg makin teruk royanan dia
Samalah bekah.. shahida bebel2 kutuk sambil suruh teka . Dah kenapa korang react sampai netizen pulak yg menyampah kat korang
Quote KBW2 22-4-2025 11:43 AM
Bila masalah timbul, doklah throwback citer lama dan tuding-tuding jari. Bilanya nak selesaikan masalah yang ada ni. Anak pun dah kahwen tak guna semua ayat-ayat buka pekung semua ni. Hanya menambah malu jah. Janganlah jadi pompuan bodoh, benda boleh disimpan perlu ke canang satu dunia. Bukan netizen ni betul-betul peduli pun pasal kau. Derang hanya nak kepohci jah.
Quote kepompong 22-4-2025 11:45 AM
Netizen ni isi masa lapang je. Jadi batu ronson


Yang kau beria ajak netizen dah kenapa
Quote kepompong 22-4-2025 11:45 AM
Kalau oman buat LOD lagi kau dapat susah. Baik kau diam
Quote kepompong 22-4-2025 11:46 AM
Move on je la
Quote kepompong 22-4-2025 11:46 AM
Nak bebel pun kat laki baru aje cukup. Tak perlu letak kat socmed
Quote kepompong 22-4-2025 11:47 AM
Apa faedah ko dapat gali kubur cenggini. Semua org tahu oman buat salah kes usung tilam. Kalau kau pulak over react cenggini kau hengat netizen nak kesian kat kau ke
Quote kepompong 22-4-2025 11:47 AM
Ke kau jeles shuhada shukri dpt limelight kat porom . Lagi pemes dari kau?
Quote kepompong 22-4-2025 11:48 AM
Nenek becak taknak suruh yebbi bukak stokin tgn & tudung ke
Quote toynme 22-4-2025 11:48 AM
kepompong replied at 22-4-2025 11:43 AM
Hal normiang kena ambush dgn pakcik kat area lot rumah kedai tu moment paling memalukan tau.

Kena  ...

haha teringat time tu dia panjat tembok ek

Quote justchu 22-4-2025 11:49 AM
“Bila ada anak pilihan dia tak dengar cakap kita, kalau kena marah dia suruh bapa dia lari,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

aki tak paham ayat ni
blur kejap

senang citer nomang jenis takde tggjawab
walopun memek kerang sengih lebar
aku caya dia penat, penat cari duit
kena buat bideo 24 jam, semua nak record
si nomang tu keje apa je?
tp memek tetap sengih, takkan nk nangis
malu la nangis
Quote rbmy 22-4-2025 11:54 AM
maksud noman frust dgn org lain tu siapa? bukan memeh kan?
selain memeh dia ada gf lain?
Quote kepompong 22-4-2025 11:54 AM
Ini la sorang lagi.

Takat normiang kot yg direbut? Bukan Tom Cruise
Quote kepompong 22-4-2025 11:55 AM
Blambak rebound love yang berjaya


Yang tak berjaya move on aje la. Taknak sebut nama nanti penuh off topik
Quote kepompong 22-4-2025 11:56 AM
Eh nak sebut jugak la... hafiz rosdi tu salah sorang kan. Rumours kata odah ada boifren duktur cepat2 dia kawen
Quote Orenn1 22-4-2025 11:58 AM
justchu replied at 22-4-2025 03:49 AM
“Bila ada anak pilihan dia tak dengar cakap kita, kalau kena marah dia suruh bapa dia lari,” katan ...

Samalah kita, aku pun tak faham. Ke maksud dia, klu anak ada pilihan utk pegi rmh parent lain jugak so dia tak dgr ckp kita?
Quote Orenn1 22-4-2025 11:59 AM
Frust dgn erra ke
Quote keronsang 22-4-2025 12:02 PM
rbmy replied at 22-4-2025 11:54 AM
maksud noman frust dgn org lain tu siapa? bukan memeh kan?
selain memeh dia ada gf lain?

x kot..ms tu msti memeh msh kanak2 lg. Hahahahah

Lihat semua komen(520)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.099481 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top