CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

Sia-sia tahan lapar, ‘intermittent fasting’ langsung tak menjadi! Cuba semak semula 4 perkara ini, risau ‘terbabas’

21-4-2025 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 701| Komen: 9|Original author: tatod

images(1).jpg



MENGAWAL pengambilan makanan merupakan antara cara pantas untuk menurunkan berat badan.


Susulan itu, ramai yang mengamalkan intermitten fasting (IF).

Namun tahukah anda terdapat segelintir pengamalnya yang gagal menurunkan berat badan walaupun satu kilogram.

Jika anda turut berdepan perkara sama, cuba periksa empat perkara yang dikongsikan Okezone ini supaya IF lebih berkesan seterusnya mencapai matlamat ditetapkan.

1. Pilih waktu makan

Anda seharusnya menetapkan waktu makan dan menjadikannya rutin harian.

Jika baru mencuba IF, anda digalakkan untuk bermula pada pukul 8 pagi.

Walaubagaimanapun, terdapat empat waktu terbaik yang sering menjadi amalan kebanyakan individu iaitu 7 pagi - 3 petang, 9 pagi - 5 petang, 12 tengah hari - 8 malam, dan 2 petang - 10 malam.


2. Buat jadual makanan

Bagi mendapatkan kesan maksimum, anda perlulah berjiwa kental dan mengikut rutin yang ditetapkan termasuk jadual makanan.

Ini kerana, badan anda perlu mendapatkan nutrisi dan zat penting sepanjang intermitten fasting.

Jadi dengan jadual makanan, anda pasti sudah menyeimbangkan pengambilan harian mengikut kalori dan zat yang diperlukan.

Ia juga dapat mengelakkan anda 'terbabas' semasa sibuk menjalani rutin harian yang lain.

3. Banyakkan minum air

Perlu diingat sepanjang tempoh IF, anda masih boleh menikmati air kosong ya.

Jika ingin menikmati teh atau kopi sebaiknya, ia tidak seharusnya dicampur dengan gula seterusnya dapat mengawal keinginan untuk makan.

Anda juga tidak akan terhidrasi.

4. Jangan asyik fikir makanan

Tidak dinafikan, adakalanya kita akan terfikir menu-menu menarik yang pasti mengiurkan.

Jika anda tidak mengawal pemikiran, kebarangkalian untuk 'terbabas' adalah tinggi.

Oleh itu, kawal fikiran anda dan elakkan daripada melihat gambar atau video makanan di laman sesawang. - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 21-4-2025 08:19 AM
I letew. Siap EF 60 jam.  Turun 9kg sajo . 2 bln. Ok lah kot sbnrnya. Tp rasa mcm extreme pula EF. IF ok
Quote girlfridayz 21-4-2025 10:46 AM
babynina30: I letew. Siap EF 60 jam.  Turun 9kg sajo . 2 bln. Ok lah kot sbnrnya. Tp rasa mcm extreme pula EF. IF ok


Ya Allah cemana u bleh tahannnn 60 jam??
Quote misszazaz 21-4-2025 12:58 PM
noted
Quote cattiecute 21-4-2025 02:13 PM
iols dah biasa puasa, then berat mendadak turun seminggu 5kg sebab depression
terus iols continue je puasa or jaga makan dengan berat baru ni
maintain dalam 50/51kg je setiap hari. once dah cecah 51kg stop makan apa2 dah.
Quote akies 21-4-2025 11:24 PM
Kadang2 je buat IF..tu pun bila rajin.
Biasa skip je sarapan terus lunch.
Petang makan sikit pastu dah tak makan berat.
Badan rasa ringan je.
Berat maintain
Quote acikonion 22-4-2025 12:36 AM
Hahahahaha... Acik xleh IF. Berat naik zuppp... Terus ke bulan. Tp time puasa idok ler pula naik cenggitu.
Quote matbad 22-4-2025 10:52 AM
Cut sugar terus dan makan ala kadar..Alhamdulillah 8bulan turun 30kg..dari 140kg skrg maintain bawah 100kg
Quote AlyaAsylo 3-5-2025 10:13 PM
Benefit IF yg jarang orang cerita; mental clarity.. bestnya memori2 masa kecik yg kita dah x ingat, tetiba mai terimbas dlm kepala.. that feeling :')

Tgh kumpul kekuatan nak start IF/OMAD balik. Anak dah stop menyusu, this is the right time I think..
Quote AlyaAsylo 3-5-2025 10:15 PM
akies replied at 21-4-2025 11:24 PM
Kadang2 je buat IF..tu pun bila rajin.
Biasa skip je sarapan terus lunch.
Petang makan sikit pastu d ...

Yes, sbb tu masa pkp dulu i senang buat IF, sbb x pi office so lepas subuh tu tido sampai tengahari, xdan rasa lapar hehe

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038157 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top