![]()
TANGISAN kanak-kanak, salakan anjing serta ekzos kenderaan merupakan gangguan bunyi yang biasa kita hadapi di kawasan perumahan. Namun lain pula ceritanya melibatkan seorang wanita di aplikasi TikTok yang mendakwa sering dihantui bunyi 'aneh' dari kediaman jirannya. "Korang rasa patut ke kami sekeluarga dengar bunyi macam ni setiap pagi? Hari-hari ya. ![]() "Kalau sekali, boleh positif lagi. Mungkin lupa tutup tingkap. Kalau hari-hari?
"Rosak otak anak-anak aku tiap pagi macam ni," tulis wanita itu sambil menambah ia biasanya berlaku sekitar waktu Subuh. Sehingga kini video yang dirakam dari tingkap atau balkoni rumah wanita itu menerima lebih 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok. Berdasarkan rakaman itu, ia kedengaran seakan sesuatu objek seperti rotan atau tali yang dipukul pada lantai.
![]() Menjawab soalan netizen di ruangan komen, wanita itu berkata bunyi itu biasanya berlarutan dalam tempoh tiga ke empat minit sahaja. Jelasnya, dia juga risau bunyi yang tidak sepatutnya itu akan difahami anaknya yang sudah meningkat remaja. "Anak saya dah remaja, nak habis sekolah. Tak mustahil (faham bunyi). Anak remaja lelaki dah nak habis sekolah dah," jawab wanita itu. Segelintir netizen mendakwa ia mungkin bunyi yang terhasil ketika jirannya sedang melakukan hubungan kelamin. "Mungkin tengah ikhtiar hamil kot. Ramai bagi tip (bersama) pagi-pagi sebelum Subuh. Memang menjadi. "Adatlah kalau duduk kondominium dan pangsapuri. Saya kerja sebagai pengawal keselamatan dekat 10 tahun. Jangan cakap bunyi, live show pun ada. "Aku duduk hotel kat Hat Yai hari tu bunyi macam ni masa dalam perjalanan nak masuk bilik," tulis netizen. Di sebalik komen-komen berbaur usikan nakal, ramai juga pelayar TikTok yang tidak bersetuju dengan andaian itu. "Bunyi tali skipping kena lantai tu. Dulu masa saya duduk kondo, ada juga seorang macam ni. "Memang skipping. Saya kerja gim dan saya boleh sahkan ini bunyi skipping," tulis netizen. - mStar |