CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Suami senyap-senyap ada ‘baby’ lain

21-4-2025 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 552| Komen: 4|Original author: tatod

1000019234.jpg



PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka bahawa perubahan sikap suaminya sejak kebelakangan ini rupa-rupanya berpunca daripada hubungan songsang.


Kisah pasangan ini menjadi tular selepas wanita tersebut mendedahkan penderitaan yang ditanggungnya di Facebook sehingga menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan lebih 3,000 komen ditinggalkan.


“Saya mula rasa pelik bila dia jarang menyentuh saya, tak macam suami isteri lain. Dia selalu keluar malam, katanya jumpa klien. Tapi bila saya siasat, semuanya tak masuk akal,” katanya.


Luah wanita itu, suaminya sering memberi alasan sibuk bekerja dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata menyebabkan mereka kurang bersama meskipun sudah lima tahun berkahwin.



Kata wanita itu, bulan lalu secara tidak sengaja dia menemui mesej-mesej romantik dalam telefon suaminya dengan seorang lelaki yang dipanggil ‘baby’.


Lebih mengejutkan, gambar dan video tidak senonoh antara mereka turut ditemui di aplikasi Telegram.


“Saya terkedu. Saya tak sangka suami saya ada hubungan songsang. Patutlah selama ini saya rasa terabai, dia tak pernah nak luangkan masa dengan saya, tak endah langsung bila saya sakit atau sedih,” katanya.


Menurut wanita itu, dia juga telah memfailkan penceraian dan sedang mendapatkan khidmat kaunseling serta sokongan emosi daripada keluarga dan rakan-rakan.


“Suami tak nak lepaskan saya dengan cara baik. Katanya masih sayangkan saya cuma dia masih tak mampu tinggalkan teman lelaki itu. Tapi jujur saya jadi geli bila Allah tunjuk segalanya pada saya. Saya hanya nak berpisah.


“Saya bukan nak buka aib sesiapa, tapi saya rasa para isteri perlu ambil tahu dengan siapa suami kawan, apa suami buat. Kita sudah percayakan suami, tapi lain yang suami balas,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-4-2025 12:47 AM
Baby sayang....
Quote KamikuP 22-4-2025 10:50 AM
Sapa ingat lagi Baby Rina masa awal2 internet bertapak kat Msia.. ekekekeke
Quote Haibara-san 23-4-2025 07:48 PM
byk lavender marriage skrg ni
Quote fifie_olin 24-4-2025 10:31 AM
tachoddd

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.029798 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top