CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bila aktres itu mahu ubah sikap pengotor?

21-4-2025 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2305| Komen: 11|Original author: tatod

1000019250.jpg



Hendak kata terkejut, tidak jugalah Cik Bunga bila dengar kisah seorang pelakon wanita yang luaran nampak sofistikated, tetapi hakikatnya, sukar mengikis sikap pengotor dirinya.


Sebabnya, sebelum ini pernah sampai ke telinga Cik Bunga mengenai perangai aktres ini yang tidak pandai jaga kebersihan. Cik Bunga pula percaya tidak percaya.


Tetapi apabila sudah dua tiga orang yang pernah duduk semeja dengannya dan melepak di rumahnya, rata-rata bercerita hal sama, maka Cik Bunga pun ambil maklumlah berkenaan hal ini.


Ada yang beritahu Cik Bunga, meskipun pernah ditegur, aktres ini tidak juga mahu berubah. Masih jua dengan amalan tak pembersihnya itu. Dalam hati Cik Bunga tertanya, apakah dia tidak pernah berasa malu dengan sikap pengotornya itu?



Namun, kalau tidak pernah berubah, itu maknanya dia memang tidak pernah rasa malulah. Ada lagi yang Cik Bunga dengar mengenai dirinya spesifiknya bagaimana keadaan kotor yang dimaksudkan. Cuma Cik Bunga tidak sanggup pula mahu nyatakan di sini sebab memang boleh memalukan dirinya.


Cik Bunga harap aktres tersebut segeralah ambil pendekatan jadi seorang pembersih. Luaran sahaja mahu jaga kecantikan, hendak melawa tetapi sikap pengotor tidak dikikis, susah juga. Ini perkara yang mengaibkan. Lebih baik berubahlah!  - UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihyomelly 20-4-2025 10:24 PM
arghhhh ni pun nanti2 iols masuk balik..ipar dari nuraka & madu dari nuraka (serai 21/4) lagi menarik
Quote LadyCarefree 20-4-2025 11:36 PM
iols teka Kemek!
Quote sharlenetexas 21-4-2025 01:54 AM
Jangan tiba2 acah2 ocd pulak. Mengarut!


Quote jalfa 21-4-2025 02:20 AM
Si bassterd ke
Quote Dolmat 21-4-2025 02:55 AM
NASHA A KANNNNN?

DULU ADA EVIDENCE KUAT..

Quote telracs 21-4-2025 06:45 AM
Actually ramai je yang perangai macam ni...
Tak kira lah retis ke... pempengaruh ke... nerakazen ke...
Kalau keluar kemain lawa bergaya...
Sekali masuk rumah/bilik mereka, umakaaaaaiiiiiiiiii, boleh pitam seminggu baru sedar...

Quote prince_marhaen 21-4-2025 10:05 AM
meols lock Nek NA supermodel cium2 spendar. hahahahaha
Quote AkokKocik 21-4-2025 10:11 AM
Walaupun ngai bukan retis, tp semuaaaaa kita dh tgk bilik tidur & peti ais ngai yg ya ampun...so, moral of the stori bkn retis je, yg marhaen pun ramai.
Quote belacan_gurl 21-4-2025 10:13 AM
Dolmat replied at 21-4-2025 02:55 AM
NASHA A KANNNNN?

DULU ADA EVIDENCE KUAT..

Auwwwww terus teringat.....nasib body dia lawa hahaha
Quote marchikobonzo 21-4-2025 10:49 AM
Cik bunga punya gosip 1 pun xleh pakai, ni apa clue pun tak bagi, setakat actress yg nampak sophisticated je..ngok
Quote marchikobonzo 21-4-2025 10:49 AM
Cik bunga punya gosip 1 pun xleh pakai, ni apa clue pun tak bagi, setakat actress yg nampak sophisticated je..ngok

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.240352 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top