CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usia 22 tahun, Bella Dowanna tersinggung diberi watak ibu

20-4-2025 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2394| Komen: 40|Original author: tatod

1000018712.jpg



KUALA LUMPUR: Pada usianya 22 tahun, pelakon, Bella Dowanna agak tersinggung diberikan watak ibu.


Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim berkata, dia menolak tawaran dengan baik kerana belum sesuai dengan usianya.


"Saya masih dapat tawaran lakonan, tapi saya tapis. Saya ada juga terima tawaran watak wanita berkahwin dan ada anak. Saya rasa belum sesuai membawa watak seperti ini.




"Jujurnya, saya agak tersinggung dapat watak ibu, tapi saya anggap ia juga rezeki. Cuma, kalau boleh saya elak ambil watak lebih tua sebab saya baru berusia 22 tahun," katanya kepada BH Online.

Berkongsi lanjut, Bella berkata, dia sangat menantikan tawaran berlakon filem dan pada masa sama, berbesar hati diberikan peluang mengacarakan program televisyen.

"Saya memang tunggu tawaran berlakon filem. Alhamdulillah, sekarang saya ditawarkan menjadi hos program diari Big Stage 2025. Ini kali pertama buat saya," katanya.


Bella yang popular menerusi drama Budak Tebing mengakui, dia mahu mencuba banyak cabang seni, jadi menolak untuk berfikir soal cinta.Bagaimanapun, Bella berkata, dia ada didekati beberapa individu termasuk artis, namun menolak kerana masih belum bersedia terikat dengan komitmen cinta.

"Ada juga beberapa individu cuba mendekati, tetapi saya tepis. Sebab ada yang hadir dengan ada ciri-ciri lelaki 'red flag'.

"Saya tiada ciri spesifik apa itu 'red flag', tapi kalau belum bersedia nak kenal orang atau tak berminat, baiklah tidak teruskan. Sebenarnya saya lebih kepada belum bersedia untuk bercinta.

"Keluarga tidak menghalang, kalau masih bersekolah mungkin ada halangan. Sekarang tidak sebab saya sudah pandai buat keputusan sendiri, namun memilih menikmati kehidupan dahulu," katanya.

Bella menyifatkan perwatakannya agak kasar dan tidak mempunyai pengalaman bercinta.

"Saya berlakon sepenuh masa sejak dahulu, jadi tiada masa nak bercinta. Lagipun, saya merasakan cabaran sebagai anak sulung dan saya perlu menanggung keluarga saya.

"Jadi, bila saya bekerja dan belajar, saya perlu pandai membahagikan masa," kata anak pertama dari tiga beradik itu. - BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihah_kudat 19-4-2025 11:39 PM
reen rahim slay je bawak watak jadi mak anak remaja..setakat ko dapat watak jadi mak budak2 terima je la takkan nak feeling2 jadi budak kolej sepanjang waktu..she ni nama memang standard retis rupa pun rupa retis tapi tula kalau tanya apa produk drama dia tak mampu recall..
Quote Myeramie 20-4-2025 12:38 AM
Xpela dik akak dlu umor 17 pon org igt dah ade anak 2
Quote jalfa 20-4-2025 12:59 AM
Dah kurus.cantik dah...dulu gundu kot sebab tu diorg ingat dah berusia
Quote acikonion 20-4-2025 01:11 AM
Rasanya ramai je pelakon lain seusia dia ni nk try jd mak2. Baru nmpk artis pro. Mcm mana nk bawa karakter tu wpun umur muda lg. Kt luar sana di kehidupan sebenar, ada je yg baru 17 tahun dh jadi mak Plg kesian yg smpi skg bila dpt watak mak pun x sesuai sbb babyface.
Quote naina 20-4-2025 01:33 AM
Lahhh. Muka dan badan KO memang sesuai bawak watak mak muda. Select eh umur baru 22 tahun. Bukanla hot sangat pun.
Quote lolipopmanish 20-4-2025 04:12 AM
Sejak kurus nampak cantikkkk
Quote Lampuled 20-4-2025 06:16 AM
Ambil jer la tp demand la payment tinggi. skrg ni kekurangan pelakon nk pgg watak mak² sbb memasing ferfeeling muda remaja walaupun umur dh boleh pgg watak bercucu.
Quote TomyamPuteh 20-4-2025 07:31 AM
Dkt Konoha pelakon  umo 25 thn pun ada je yg berlakon watak nenek ada cucu.
Quote Olumis 20-4-2025 09:13 AM
Maafla bella, tapi tengok muka dan badan memang sesuai bawa watak ibu2.
Quote adiwarna 20-4-2025 12:57 PM
Agak2 la casting agency ooiii....pilih ler yg sesuai dgn usia dan perawakan....mmg ler tugas pelakon2 harus versatile dan open to challenges but still...dulu2 tahun 2000an, pernah tertengok drama ni, ada ker watak maknya Abby Abadi, anaknya si Awal Ashaari, mcm laki bini pulak aku tgk
Quote cmf_premierleag 20-4-2025 01:12 PM
Dah kurus dia ni...dulu gundu jah..sikit lg nk jd pelapis enot
Quote Piramida 20-4-2025 01:22 PM
Tak kenal... Nama pun x pernah dengar..

Dpt watak ibu sbb muka tua lah tu..
Tak payah tersinggung dah itu kebenaran... Terima dgn terbuka yaaa.
Quote apedehal 20-4-2025 01:35 PM
Ni pun shiapa?sekali pandang mcm revalina s temat versi takmo toleh dah
Quote doubleA 20-4-2025 04:57 PM
Amira rosli pun dah dapat watak mak2 orang dewasa lagi. Biasalah watak mak2 budak tadika ke sekolah rendah ke sesuai je dengan ko
Quote hokeypokey 20-4-2025 05:16 PM
sebab ko umur 22 tapi muka macam 32!!
Dh la sendu aku langsung tak kenal, memilih watak plak ko eh.. bersyukur ler ada gak tawaran
Quote belacan_gurl 20-4-2025 05:19 PM
Dia nih yang berlakon jadi anak nabila huda tu kan...yang kena rogol tu...cantik budaknya
Quote Minami2013 20-4-2025 05:25 PM
Edited by Minami2013 at 20-4-2025 09:27 AM

Teringat anne ngasri pernah dpt watak kakak kepada kakak dia darling . Mmg dia nmpak lebih matang drpd kakak dia pun. Skrg ni elok je nmpk muka maintain muda walau anak2 dah muda remaja.

Tak kenal bella dowanna ni. Tapi pelakon wanita kat Malaysia ni umur awal 40-an dah dpt watak mak2 kpd hero umur 30-an.
Quote selipar_hijau 20-4-2025 05:28 PM
Feelingnya ko dikk
Fasha, abil elok je amik watak mak2 takde tersinggung tersenggol pun
Quote nuhanis 20-4-2025 07:04 PM
Dia ni lawa. And muka anak orang kaya.
Tapi dulu sekali lalu live dia, alahai poyo. Cara bercakap macam menyampah2 bila orang tanya soalan. Dah kenapa.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055170 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top