CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Berisi sekarang mungkin sebab saya tak banyak fikir’ - Ira Kazar

20-4-2025 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1066| Komen: 12|Original author: tatod

1000018137.jpg



Badan semakin berisi seperti memberi petanda kehidupan kian diulit bahagia, pelakon sensasi Ira Kazar lebih selesa menyimpul kemas perihal peribadi daripada terus menjadi sorotan khalayak.


Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, berkata, dia memilih untuk lebih berahsia soal hati kerana baginya itu adalah jalan terbaik buat diri dan orang sekeliling.




“Alhamdulillah kehidupan semakin baik dari sebelum ini. Bahagia? Ya Allah takutnya nak cakap.


Bahagialah di sisi keluarga dan kawan-kawan. Saya boleh cakap saya lebih baik sekarang.


“Takut nak cakap lebih-lebih risau ada orang tersinggung pula, lebih baik berahsia,” katanya kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana filem 6 Jilake baru-baru ini.




Dalam masa sama, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu tidak langsung terkilan hati apabila dilabel berisi, malah sangat menghargai pujian tersebut.


“Ramai yang tegur (berisi) mungkin sebab kurang fikir sekarang.


Saya tidak tersinggung pun orang cakap saya berisi sebab saya tidak mahu orang cakap saya kurus.


“Sejujurnya, ada netizen yang suka balas komen marah-marah (orang cakap berisi) tetapi bagi saya bukan ‘body shaming’ (mengejek fizikal) untuk saya,” jelasnya.




Ditanya sama ada akan mengumumkan sebarang khabar gembira, Ira tidak memberikan jawapan, sebaliknya memberitahu kini semakin aktif dalam perniagaan atas talian.


Berita gembira? Mungkin saya keluarkan produk, nak mula belajar bagaimana buat siaran langsung TikTok.


“Sekarang dah mula sikit-sikit tetapi berniaga di Instagram. Semua saya buat sendiri sebab ramai nasihat untuk buat sesuatu.


“Mungkin sebab sebelum ini saya tak meneroka. Bila dah berjumpa dengan orang-orang bisnes, mereka bagi semangat baharu,” ujarnya.


Sebelum ini, ramai yang memuji kecantikan Ira yang dilihat semakin berisi semasa mempromosikan singlenya berjudul Tak Kisah.




Terdahulu, perkahwinan Ira dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dibina di Thailand pada 6 Januari 2023 tidak mampu bertahan apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada 5 September tahun lalu.


Nama Ira menjadi bualan hangat apabila didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan pelakon, Puteri Sarah Liyana sehingga pasangan tersebut bercerai. – HIBGLAM





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 20-4-2025 01:32 AM
Tetibe i nmpk dia ni berseri2
Quote petai011212 20-4-2025 02:07 AM
so maksudnya encik suami yg toksik
Quote ina_na 20-4-2025 02:23 AM
Muda lg br 30...patut sambung study mcm Tomok...
Quote miss_strangers 20-4-2025 02:31 AM
Btw meols ternampak kat threads, org kuat PS yg bangbad tu dah xkeje dgn ps, tapi yg latest Collab dgn IK. Ada apa2 ke tu kohkohkohkoh
Quote bioessence 20-4-2025 05:27 AM
Ada la tu ...glaring kan
Quote noor2 20-4-2025 07:00 AM
Mata aku mmg nampak dia ni mmg lawa...
Quote shida81 20-4-2025 07:06 AM
Baru lg nk komen apa2....
Quote cm_vungtau 20-4-2025 08:35 AM
Dia ni masa tak bertudung cantik. Sekarang ni perempuan yang perangai tak semenggah time muda kemain bertudung litup. Tahapa2
Quote jalfa 20-4-2025 08:36 AM
Mmg dia cantik...acik por je mata ketimbang ckp dia mcm rohingya
Quote Olumis 20-4-2025 09:08 AM
Seiring dgn peningkatan usia, of coz la metabolisme pun jd rendah. So badan memangla akan berisi sikit banding zaman remaja. Btw, memang tak dinafikan ik nampak lebih cantik berbanding time badan keding hari tu.
Quote bendera 20-4-2025 09:39 AM
lawa pun tapi perangai mcm hauk buat s** siap hantar video dkt PSL n mak mertua wannabe, n hantar dkt adik ipar buat hapa? skrg ni konon diam diri, puihhh, ko ngan ex laki ko seksa isteri orang n family SY sampai depress org tu kau x nak citer pula.
Quote awanearisu 20-4-2025 11:29 AM
"Takut nak cakap lebih-lebih risau ada orang tersinggung pula, lebih baik berahsia,”


Kasihan. Narsis sangat bunyinya.
Tak ada siapa kisah pun sebenarnya.


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067051 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top