CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Mak ayah bebal buka kartun di handphone untuk anak di wayang- “Scene sedih, lagu Didi & Friends”

20-4-2025 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 343| Komen: 2|Original author: Raline

ty.PNG

Menonton wayang di pawagam boleh menjadi pengalaman yang kurang menyeronokkan jika terdapat gangguan seperti bunyi bising atau penonton yang tidak mengikut peraturan.

Bayangkan anda sudah berbelanja puluhan ringgit untuk tiket dan makanan ringan, namun akhirnya berdepan pengalaman tidak setimpal bayaran.

Dalam satu hantaran di laman TikTok, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila keterujaannya menonton filem baru-baru ini punah gara-gara sikap ibu bapa yang membawa anak kecil masuk ke dalam panggung.

Menonton wayang bersama anak-anak sememangnya salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan. -Gambar hiasan

"Dah la bawa budak, bising pula tu. Lepas tu masa tengok scene sedih... eh, ada lagu Didi & Friends ke lagu (kartun) apa entah.

"Buka kartun dekat phone bagi anak tengok supaya anak senyap? Dah kitaorang ni kena dengar kartun sekali ke macam mana?

"Cerita (filem) best... serius! Tapi potong mood sebab orang sekeliling yang tak ada common sense. Jadi kurang fokus tengok cerita," tulisnya.

Bukan melarang ibu bapa membawa anak-anak kecil ke panggung wayang, tetapi ujar individu itu, golongan yang membawa anak masuk dalam panggung perlu mempunyai common sense dan mengutamakan keselesaan penonton lain.

Malah tambahnya, filem yang ditonton ketika itu pula tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

"Tak duduk diam satu hal, tengok cerita kartun lagi. Kita bukan tak suka budak-budak... kita sendiri ada anak. Anak saya yang 12 tahun itu pun saya tak bawa sebab kita tahu jalan cerita macam mana," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian individu berkenaan malah ramai dalam kalangan mereka pernah berdepan situasi sama.

"Ada bawa anak yang masih baby. Tak takut ke jadi pekak? Tahu sound dekat pawagam macam mana kan?

"Yang ada anak kecil, buat cara ada anak kecil. Jangan menggelupur bawa nanti bikin kacau.

"Kejadian berlaku semalam, tengah syok tengok tiba-tiba budak naik turun tangga siap bawa lori mainan," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Haibara-san 23-4-2025 07:52 PM
sbb ni aku pun malas dah nak tengok wayang kat panggung.. rela tunggu netflix broadcast, biar la org ckp aku ketinggalan keretapi ke apa, janji aku xstress dgn gangguan org lain.. kt rumah pun sukati la nk tengok movie smbil meniarap ke apa
Quote fifie_olin 24-4-2025 10:14 AM
hrp 2nd time nk tgk bb nti..xde la gangguan mcm ni...tiket mahal mat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.353613 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top