CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

18 cincin tersekat sampai bengkak habis semua jari

20-4-2025 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 254| Komen: 3|Original author: Raline

hg.PNG

Pasukan bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk menanggalkan cincin batu yang tersekat di jari seorang pesakit di sebuah hospital.

Pesakit itu terpaksa menahan kesakitan selepas 18 cincin yang dipakai di 10 jari tangannya tersekat.

Terdahulu, pasukan perubatan hospital berusaha mengeluarkan semua cincin berkenaan gagal berikutan jari pesakit itu bengkak dan mengalami pendarahan.

Kejadian berlaku pada seorang pesakit mental di sebuah hospital kesihatan mental di Bengkulu, Indonesia.

"Kami menerima laporan daripada pihak hospital. Sebaik tiba, pesakit memakai 18 cincin di semua jarinya.

"Kebanyakannya sukar ditanggalkan kerana tersekat dan menyebabkan luka," kata Komandan Bomba Kota Bengkulu, Chyorn Lyem Friady, pada Jumaat.

Pasukan bomba mendedahkan bahawa daripada semua cincin yang digunakan, sembilan daripadanya diperbuat daripada titanium - bahan keras yang sukar dipotong. Proses pemindahan tidak boleh dilakukan tanpa tindakan perubatan lanjut.

Bagi pemindahan berjalan lancar, pesakit diberikan bius supaya cincin itu dapat ditanggalkan menggunakan alat pengisar dengan berhati-hati dan selamat.

Pesakit itu dikatakan sering mengamuk setiap kali keluarganya meminta dia menanggalkan cincin menyebabkan proses rawatan agak mencabar.

Sehingga kini, pesakit berkenaan masih menjalani rawatan rapi di hspital berkenaan.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-4-2025 06:08 PM
tak tengok you tube ka cara guna benang tu? tak payah potong cincin tu.
Quote ninja boy 19-4-2025 07:07 PM
Kalau jari waktu puasa kurus waktu raya gemuk pakai la cincin mainan atau cincin x bersambung bulatan
Quote airfilterkotor 19-4-2025 07:19 PM

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054664 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top