![]() Polis sedang mengesan wanita yang dipercayai mencuri dompet milik seorang pelanggan di Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan dalam kejadian pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, individu yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan. "Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu, Sarjan Mohd. Syawal Abd. Mutolib di talian 014-677 5994 atau 09-775 2242,” katanya. Sejak Jumaat petang, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 38 saat yang memaparkan gelagat seorang wanita mencuri dompet milik pelanggan di pasar berkenaan. Dalam video tersebut, suspek dilihat memerhatikan gerak-geri mangsa yang sedang leka membeli barangan di sebuah gerai di pasar berkenaan. Ketika mangsa tunduk untuk memeriksa barangan dalam plastik, wanita itu pantas menyeluk beg tangan mangsa dari arah belakang sebelum melarikan dompet berkenaan. Sumber: mStar
|
sukacactus replied at 19-4-2025 11:23 PM
Jgn kata kesian sebab dah tua, sepatutnya dah tua bau tanah la kena sedar diri
Kot xsempat taubat ma ...
dua_chzy replied at 20-4-2025 12:24 PM
Biasanya pangai gini memang dari muda membawak ke mati.
Thunderclouds replied at 20-4-2025 11:48 AM
Besa cctv kt klate ni cerah terang benderang. Ni pasey kelabu asap? Senang nk name and shame, gali s ...
dua_chzy replied at 20-4-2025 12:24 PM
Biasanya pangai gini memang dari muda membawak ke mati.
ADVERTISEMENT