CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Muka tak malu, minta orang kaya sponsor pergi haji atau umrah

20-4-2025 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 358| Komen: 0|Original author: Raline

Ramai individu sanggup bekerja keras dan menabung dalam tempoh yang lama demi menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.

Namun, tular pula tangkap layar memaparkan seorang individu memuat naik hantaran di media sosial memohon tajaan untuk mengerjakan haji atau umrah.

Menerusi hantaran itu, individu tersebut tanpa segan silu turut meninggalkan nombor WhatsApp jika ada sesiapa yang berminat untuk menaja dirinya.

"Ada siapa nak sponsor saya ke umrah? Kalau ada orang kaya atau yang dah 10 kali ke umrah tahun ni, Allah buka hati nak bagi tiket dia kepada saya, boleh private message (PM) atau chat.

"Atau nak bagi tiket pergi haji... amat terima kasih. Semoga Allah balas, Amin. WhatsApp saya untuk sponsor saya. Saya amat syukur siapa yang bagi sponsor.

"Kalau tiada, maksudnya Allah masih tak izinkan saya pergi walaupun sekali," tulis individu itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya.

Tangkap layar hantaran individu itu dikongsi semula di platform X oleh peguam syarie, Muhammad Syarafi.

hj.PNG

Dalam perkongsiannya, Muhammad Syarafi turut memberi teguran agar perbuatan seperti itu tidak menjadi satu kebiasaan.

"Sebab itu salah satu syarat nak kerjakan haji atau umrah ialah mampu. Dan aspek mampu ini meliputi semua termasuk kewangan.

"Janganlah kita normalisasi perbuatan meminta-minta secara terbuka begini," tulis Muhammad Syarafi.

Di ruangan komen, ramai pelayar media sosial turut meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan individu tersebut.

"Kalau dah minta sponsor, tu maknanya belum mampu. Mana dia beli keyakinan?

"Orang lain berikat perut sampai 15 tahun demi nak pergi, dia mudah macam tu je.

"Boleh je orang nak bayarkan dan tolong buatkan sekali. Namanya badal haji. Tapi kau kena meninggal dulu la.

"Lain macam betul dia punya confident meminta-minta untuk sponsor pergi umrah," tulis beberapa netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.300291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top