CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Beli Merc boleh pula-Bakal suami red flag, nego duit hantaran dari RM10K jadi RM5k

20-4-2025 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 329| Komen: 0|Original author: Raline

dr.PNG

Hati wanita mana yang tak terluka apabila permintaan sederhananya dianggap membebankan oleh bakal suami, tapi lelaki itu sanggup berbelanja besar demi kehendak sendiri.

Itulah luahan seorang wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang digambarkan sangat gigih mengejar impian sehingga berjaya memiliki tiga buah motosikal.

Namun apabila bercakap soal masa depan dan perkahwinan, lelaki itu menganggap permintaan hantaran bernilai RM10,000 sebagai mahal dan membebankan.

"Saya pernah bercinta dengan lelaki yang betul-betul kerja keras untuk kejar impian dia. Ada tiga motosikal. Kata ada (simpanan) RM100,000 dan target nak kekalkan jumlah tu dalam akaun.

"Nak pakai Mercedes, bagus la macam tu ada hala tuju. Bila cakap fasal perkahwinan, saya cakap saya nak RM10,000 hantaran. Dia kata mahal, okay jadi saya cakap RM5,000.

"Tapi saya nak set gelang, rantai dan cincin dan bagi dia masih mahal juga. Masih 'negotiate' (tawar menawar). Tapi itu 'limit' saya," jelasnya dalam hantaran di media sosial.

Menurut wanita ini lagi, pemuda tersebut telah membeli sebuah motosikal Yamaha NVX dan kereta Mercedes terpakai ketika mereka sedang sibuk berbincang mengenai perkahwinan dan masa depan.

Lebih mengecewakan, lelaki itu sanggup meminjam wang daripadanya semata-mata untuk ‘upgrade’ ekzos kereta dan didakwa masih belum dibayar semula hingga ke hari ini.

"Tak pernah pun saya hentikan dia daripada beli semua tu sebab tu impian dia kan tapi perkara tu buat saya berfikir. Oh... nilai saya lebih rendah daripada kereta dan superbike.

"(Sedangkan) Saya orang yang suatu hari nanti akan kahwin, insya-Allah akan jaga makan dan pakaian serta jadi tempat bermanja dia. Rasa macam kecewa juga la.

"Kesimpulannya, saya tinggalkan dia juga," ujarnya yang turut menjelaskan lelaki tersebut tidak mempunyai kerja tetap sepanjang perkenalan mereka.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan nasib malang wanita ini.

"Lelaki tak berduit tak apa, jangan kedekut. Yang kedekut tu menjadikan terseksa. Tak berduit tapi tak kedekut, mereka akan usaha cukupkan apa yang tidak.

"Usaha bagi kemewahan pada isteri. Lelaki kedekut? Dia kikis pula nanti, duit dia? Dia simpan rapat-rapat," antara komen netizen.

Sumber: mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.202126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top