CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Meluat pakcik saudara dah tua minta duit raya

20-4-2025 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 519| Komen: 6|Original author: Raline

Aktiviti kunjung-mengunjung masih diteruskan sepanjang bulan Syawal dan dimeriahkan lagi dengan penganjuran rumah terbuka.

dt.PNG

Seperti kebiasaan, kanak-kanak merupakan golongan paling teruja kerana menerima duit raya, satu tradisi yang yang melambangkan tanda ingatan dan berkongsi rezeki.

Bagaimanapun, seorang wanita tidak menyangka ada golongan cuba memecahkan tradisi tersebut yang mana duit raya juga harus diberikan kepada orang dewasa.

Malah, dia mengakui tergamam saat diajukan soalan mengenai pemberian duit raya ketika individu itu datang beraya.

"Masa raya tu saya terkedu. Ada seorang pakcik saudara tanya waktu bersalam raya dengan dia, 'Anak saudara ni tak ada nak hulur duit raya ke?'.

"Dia cakap depan orang ramai, adik-beradik yang lain. Susah nak explain situasi waktu tu, tapi canggunglah sikit," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Walau terkejut dengan pertanyaan bapa saudara itu, dia hanya mampu tersenyum sinis di hadapan orang ramai.

"Kita sengih busuk je la. Rasa macam nak balas 'Anak-anak pakcik pun yang kerja elok-elok tu tak bagi pun duit raya dekat mak ayah kami?'. Nasib baik tak keluar soalan tu," ujarnya.

Menurut wanita itu,bapa saudaranya itu sememangnya menjengkelkan kerana sering menimbulkan isu setiap kali perjumpaan keluarga sehingga mencetuskan suasana kurang selesa.

Saya tak kisah kalau pakcik makcik minta untuk duit raya, cakap perlahan-lahan sikit.
WANITA
"Memang hampir setiap kali jumpa, akan ada topik kurang menyenangkan jadi isu. Topik jerawat dekat mukalah, itu ini.

"Dulu pakcik ni pernah cakap, 'Orang tak kulit putih tak apa, janji pandai jaga kulit muka, jangan ada jerawat'.

"Beberapa tahun lepas tu, anak dia pula muka breakout. Aduhai jahat pula rasa sebab gembira apa yang dia kata, anak dia pula rasa perit," katanya, mengimbas kembali pertemuan bersama pakcik tersebut sebelum ini.

Namun, wanita berkenaan enggan menjadikan isu duit raya yang diminta pakciknya itu sebagai satu perkara yang perlu diperbesarkan dalam kalangan saudara mara.

"Saya tak kisah kalau pakcik makcik minta untuk duit raya, cakap perlahan-lahan sikit. Tapi waktu tu ada orang kampung, saudara-mara pun ada.

"Memang dalam rancangan nak bagi duit raya dekat semua makcik pakcik tahun ni, tapi tak tercapai sebab keadaan kewangan tak mengizinkan. Kita kerja bisnes sendiri, turun naik bisnes sangatlah dahsyat kali ni," katanya yang mengusahakan bisnes manisan secara kecil-kecilan.

Dia kemudian cuba melihat isu tersebut dari sudut positif, dengan mengambilnya sebagai pengajaran bagi mengekalkan suasana kekeluargaan yang harmoni.

"Tak apa, ambil yang ibrah (pengajaran) yang baik. Mungkin masanya untuk kita fokus pada pendapatan kita. Tahun depan, kita bagi (duit raya) RM500 pada setiap pakcik, makcik.

"Soalan dia memang berkait dengan kerja kita juga sebenarnya. Jadi tak apa, jumpa tahun depan!" luahnya lagi.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 19-4-2025 01:37 PM
Apa boleh buat, tak lama dulu tular ada pompuan ngadu tepi longkang tak dapat duit raya daripada suami padahal budaya duit raya  ni diberi pada budak-budak, anak buah jah. Eloklah sapa-sapa muka tak malu meminta-minta duit raya ni. Demand jangan tak demand.
Quote theotherfriend 19-4-2025 09:06 PM
Acik kantin opis pun mintak duit raya. Iols tebing tak berkelip, terus dia mintak maaf. Ingat kelakar?
Quote Zeatyisaac 19-4-2025 09:40 PM
I bagi pada makcik dan pakcik yang rezekinya kurang skit dari my parents. Yang lebih atau anak2 kaya, I tak bagi.
Quote PULANGKAN 21-4-2025 05:22 PM
Iols pun kadang2 dapat duit raya dari sepupu and anak buah, jujur terkejut bila dapat

mula la macam2 fikir keadaan diri. aku ni kurang apa2 ke

last2, entahlah. bersyukur je la bila salam dapat, alhamdulillah. Iols tak pernah minta, dan tak expect langsung.
kita pun bagi kat anak2 diorang jugak, so kat situ, reciprocate jugak duit nya. diorang bagi iols, iols bagi anak2 diorang. same-same
Quote sambaldurian 21-4-2025 07:04 PM
La jenis aku pulak mmg bg org tua (pak cik , mak cik), klu aku g umah dorg . Kanak2 aku x bg ( yg klu kita berkunjung ke rumah org lain , klu dia dtg  umah aku bg jela rm2-3). Tp sampai meminta tu x patut la. Tp org tua ni xdela bg rm2-3 , bg la rm10-rm20 min.
Quote midori888 22-4-2025 08:26 AM
meols lebih suka bagi duit raya kat org2 tua dari budak...org2 tua lagi perlukan duit dari budak2...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.043715 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top