CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mandi sungai ketika hujan, lelaki nyaris lemas

18-4-2025 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 384| Komen: 5|Original author: tatod

1000018008.jpg



REMBAU – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki yang hanyut ketika mandi manda di sungai di Kampung Bukit Kledang di Kota, di sini, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Zaini Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.


Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa remaja lelaki Melayu berusia 14 tahun hanyut semasa mandi di sungai sejauh 300 meter sebelum tersekat di tengah sungai yang cetek serta berpasir.


“Mangsa mandi di sungai bersama seorang lagi rakan seusianya. Ketika kejadian hujan lebat. Rakan mangsa dapat menyelamatkan diri ketika kepala air sampai, manakala, mangsa yang tidak pandai berenang dihanyutkan arus.



“Tindakan anggota menyelamatkan mangsa menggunakan sistem tali dan seunit pelampung bouy. Mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada ahli keluarganya dalam tempoh kurang setengah jam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Ujar Zaini lagi, operasi ditamatkan kira-kira pukul 6.50 petang dan sebelum operasi tersebut pasukannya terlebih dahulu berhadapan dengan insiden pokok tumbang.


“Kami terima panggilan sekitar pukul 5.30 petang membabitkan pokok tumbang di jalan Legong Jaya-Semerbok. Kami berjaya membersihkan laluan dan operasi selesai pada pukul 6.01 petang sebelum menerima panggilan insiden remaja hanyut sembilan minit kemudian,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-4-2025 06:14 AM
Mandi time hujan kenapa? Abam bomba tu pun msti menyirap je dlm hati
Quote shernazz 19-4-2025 08:34 AM
Adoi dek
Mesti lepas tu ko kena sebat dgn getah paip...
Quote Decaffeinated 19-4-2025 01:16 PM
Nampak cetek ja air cuma arus deras tu masalah. Mujur tak mandi lanje dek.
Quote airfilterkotor 19-4-2025 01:46 PM
Tatkala musim ujan ni jangan la ngengade nak mandi lanje sungai.
Walopun sungainya cetek tapi kalu belah hulu sana dah mencurah-curah ujan turun memang mengundang la bila kepala air mari.
Ituari kat Batu Hampar Perak cenggini gak.

Donlod la apps 'Rain Alarm' dekk.
Dalam map tu dia tunjuk kat mana lokasi gumpalan hujan bergerak selang masa setiap 15 menit. Peratus kekuatan hujan (dibaca intensiti) juga dinyatakan.
Apps ni bagus untok seisi keluarga.
Quote Carcosa 19-4-2025 11:53 PM
Kalau aku jadi abam bomba tu, lepas aku selamatkan budak setan tu, aku tarik dia ke tepi sungai, lepas tu aku benamkan muka dia dlm sungai tu balik, biar dia lemas.
Yihhhh geramlah aku!!! Kang ke kau mampos situ, sah2 kau dah selamat kena tanam!! Yg sedihnya family yg kau tinggalkan! Yihhh menyirap membarley memtehtarik betul lah!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.359009 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top