CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM pantau perkembangan wabak Legionnaires

18-4-2025 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 621| Komen: 6|Original author: tatod

1000018001.jpg



Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan wabak Legionnaires yang dilaporkan semakin menular di Sydney, Australia ketika ini.


Beliau berkata bagaimanapun, setakat ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) belum mendapat sebarang maklumat mengenai penularan jangkitan itu di negara ini.


"KKM melaksanakan pemantauan (berhubung jangkitan Legionnaires) dan sebaik sahaja kita mendapat maklumat daripada CPRC, KKM akan mengeluarkan kenyataan," katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2025 di sini hari ini.


Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Jabatan Kesihatan negeri New South Wales (NSW) memaklumkan terdapat seorang maut manakala 12 lagi dijangkiti Legionnaires.



NSW Health turut menggesa sesiapa yang berada di pusat bandar Sydney dan kawasan di sekitarnya pada akhir Mac atau awal April supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires seperti demam, menggigil, batuk dan sesak nafas.


Penyakit Legionnaires merupakan sejenis radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Legionella, yang secara semula jadi wujud dalam air tawar dan gejala penyakit boleh muncul hingga 10 hari selepas terdedah kepada bakteria itu.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kematian akibat penyakit Legionnaires boleh mencecah hingga 80 peratus dalam kalangan pesakit yang tidak dirawat dan mempunyai sistem imun yang lemah. - Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-4-2025 06:17 AM
Wabak ni ada kt Aussie sana tp kalo x buat sesuatu dr skg, x mustahil tiba2 ada je ada kt sini. Surpriseeee. Gittew
Quote zuriey 19-4-2025 08:45 AM
Kakak i suka betul pg nsw
Setahun 10x
Lps ni i kena jauhkan diri dari sheols la
Seram..
Quote Binodino 19-4-2025 09:30 AM
@KantoiLagi mohon take note. Mana tau ada yang gatal beli tiket transit ke sydney lepas tu bagi alasan wabak lagi
Quote Buritan 19-4-2025 09:51 AM
Ngai ok tak
Quote honeybee1802 19-4-2025 09:57 AM
Legionnaires ni penyakit berpunca dr bakteria dlm tanah tu kan?ada ke trwnsmission human to human?sbb rsnya vektor dia ialah tanah lembab tu n air...so kena berhati2 dgn bebuah or sayur dr sana la kan?
Quote SecretLuv 19-4-2025 10:54 AM
Kot2 sedara kwn iols pun kena penyakit ni[em:12:] Sebab simptomnya sama..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040820 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top