CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

705 kes dera kanak-kanak di Perak tahun lalu - EXCO

18-4-2025 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 238| Komen: 4|Original author: tatod

1000017797.jpg



IPOH: Sebanyak 705 kes penderaan kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed, berkata kes berkenaan membabitkan 306 kanak-kanak lelaki dan 399 kanak-kanak perempuan.


"Bagi tempoh hingga 28 Februari lalu, terdapat 142 kes dicatatkan di seluruh negeri Perak berbanding tempoh yang sama tahun lepas (2024) sebanyak 111 kes.


"JKM Perak sentiasa memandang serius dan memberikan keutamaan kepada semua kes penderaan kanak-kanak yang diadukan kepada pihak jabatan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Norhaslinda Zakaria (PN-Pangkor) yang ingin tahu berkaitan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di negeri Perak pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.




Salbiah berkata sepanjang tahun lepas, JKM Perak melaksanakan sebanyak 30 Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di seluruh negeri dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak.


"Dalam menangani isu penderaan kanak-kanak, mustahil jika hanya diletakkan di bahu JKM Negeri Perak semata-mata. Pendekatan senergi dan merentas jabatan mahupun portfolio perlu digarap supaya langkah terbaik dapat dihasilkan.


"Maka kerjasama yang baik daripada agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendaftaran, NGO serta orang perseorangan yang menyalurkan maklumat tentang kes penderaan kanak-kanak amat diperlukan supaya kita sama-sama dapat menguruskan kes berkenaan dengan baik," katanya. – BERNAMA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 18-4-2025 03:01 PM
Rmainya. Moga budak-budak ni dpt support system yg baik. Stay strong
Quote ninja boy 18-4-2025 04:16 PM
Org lain beranak korang nak beranak juga
Quote acikonion 19-4-2025 06:18 AM
Negeri 1 lg tinggi kes sumbang mahram. Negeri yg ni kes dera.
Quote Thunderclouds 19-4-2025 10:47 AM
Ikot statistics dera bangsa mana kes paling tinggi? Aku pitnah yg non muslim. Yg isley ni spesis haruan mkn ank. Bukan semua la. Harrr..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040941 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top