CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Saya Berdoa Minta Pekerjaan Dekatkan Diri Pada Allah, 10 Minit Lepas Tu Terus Dapat Tawaran Qodrat 2’ – Acha Septriasa

18-4-2025 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 165| Komen: 3|Original author: Raline


acha-doa-10-minit-630x388.jpg


Pelakon dan penyanyi terkenal, Acha Septriasa berkongsi pengalaman yang cukup menyentuh hati sebelum menerima tawaran berlakon dalam filem seram aksi Qodrat 2.

Ketika ditemui OhBulan!, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa, 35, berkata segalanya berlaku begitu pantas selepas dia selesai menunaikan solat Asar dan memanjatkan doa kepada Allah agar diberikan pekerjaan yang bukan saja sesuai dengan minat, tetapi juga mendekatkannya kepada Tuhan.

acha-doa-10-minit-2-630x388.jpg

Saya ingat lagi selepas solat Asar, saya berdoa bersungguh-sungguh. Saya minta agar Allah berikan saya peluang berlakon dalam filem yang bagus dan kalau boleh, biarlah projek itu dekatkan saya kepada Allah.

Acha berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Qodrat 2 yang berlangsung di TGV Suria KLCC pada Rabu.

Lebih mengejutkan, 10 minit selepas berdoa, Acha menerima panggilan daripada pengarah filem Qodrat 2, Charles Gozali yang menawarkan watak Azizah iaitu isteri kepada Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian)

10 minit sahaja, doa saya dimakbulkan. Saya terima panggilan daripada Charles Ghazali, dia cakap ada satu watak untuk saya dalam filem Qodrat 2.

Saya macam dalam keadaan kebingungan, padahal baru sebentar tadi saya doa minta pekerjaan dan tiba-tiba ditawarkan berlakon.

Charles kemudian meminta aktres ini datang ke set penggambaran di Jakarta untuk berbincang mengenai filem tersebut.

Kemudian Charles beritahu bahawa sebelum menelefon saya, kru produksi yang duduk di meja berbincang tiba-tiba terfikir saya pelakon yang sesuai untuk bawa watak Azizah.

Itu bagi satu magik dan nyata. Itu semua dari Allah SWT.

Dalam Qodrat 2, Acha membawakan watak Azizah, isteri kepada Qodrat (lakonan Vino G. Bastian) yang berjuang melawan iblis Asu’ala demi anak mereka.

Filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 17 April, dan sudah mencatat lebih 2 juta penonton di Indonesia.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 18-4-2025 09:09 PM
mmg nk tgk filem ni sbb ada acha
baru tau dia ada dtg sini promo filem
Quote Carcosa 20-4-2025 12:37 AM
"10 minit sahaja, doa saya dimakbulkan"

Konoha kalau brckp, nak up sesaja. Kira kau hebat la? Mintak je dpt, mintak je dpt. Berlagakla ko yindon.
Quote makita 20-4-2025 10:11 AM
Carcosa replied at 20-4-2025 12:37 AM
"10 minit sahaja, doa saya dimakbulkan"

Konoha kalau brckp, nak up sesaja. Kira kau hebat la? Minta ...


Mcm tu gak org claim bersedekah, sedekah pagi RM100 petang duit masuk 70k gitu. Mati la org yg berdoa bertahun2 ni doa tak makbul2

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 1.139766 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top