CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak panggil berlakon silakan, tak nak sudah – Bell Ngasri

17-4-2025 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1387| Komen: 12|Original author: tatod

1000017255.jpg



KUALA LUMPUR – Pelakon Bell Ngasri tidak mengetahui punca kurang menerima tawaran lakonan untuk menerajui naskhah air mata selepas dinobatkan Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 (ABP35) lalu.


Tidak kecewa apatah lagi berasa terkilan, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 45, tetap berlapang dada dengan setiap bentuk rezeki yang diterimanya ketika ini.


“Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau orang takut panggil saya selepas menang.


“Tapi alhamdulillah saya masih bekerja untuk beberapa program. Mungkin hanya tawaran berlakon yang agak kurang.




“Mungkin juga tidak banyak jenis cerita yang pengarah nak buat atau sebagainya. Saya pun tak tahu (punca) tapi serahkan semua pada rezeki,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan gala filem 6 Jilake di sini, semalam.

Dalam pada itu, meski tawaran lakonan semakin menyusut, dia tetap dihujani dengan pelbagai peluang kerja lain termasuk pengacaraan dan kerja belakang tabir.

“Tapi semua kena faham, saya ada banyak juga kerja-kerja lain, bukan berlakon semata-mata.

“Namun, alhamdulillah saya okey sahaja. Nak panggil silakan, kalau tak nak sudah,” katanya lagi.

“Saya tidaklah kecewa, sikit-sikit pun saya bersyukur sebab masa menang pun, bukannya hero yang berlambak dengan dengan drama atau filem.


“Namun, saya tidak mahu ada rasa kekurangan atau sebagainya dan tetap bersyukur. Terima kasih juga kepada mereka yang terus menghargai hasil kerja saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Bell pernah mendedahkan dia kurang mendapat tawaran lakonan tahun lalu namun enggan menjadikan kemenangannya pada ABP35 sebagai punca. – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 17-4-2025 07:24 PM
Aku suka tengok Bell ngan Zoey dalam Bedah Tong Gas.
Quote Zeelalala 17-4-2025 10:47 PM
silance replied at 17-4-2025 12:24 PM
Aku suka tengok Bell ngan Zoey dalam Bedah Tong Gas.

Sama. Lucu dan menghiburkan. Takde nak stress2 mcm cerita2 berat lain. Hehe
Quote acikonion 18-4-2025 04:33 AM
Selain Joyah…citer dia ngan Marsha tu pun best juga
Quote tapirbiru 18-4-2025 07:36 AM
harap ada director n penerbit panggil Bell berlakon citer heavy.kembalikan kegemilangan zaman mcm cite Pae
Quote ninja boy 18-4-2025 07:42 AM
Antara retis x brp tua maintain muda x gemuk
Quote azimodin 18-4-2025 08:21 AM
silance replied at 17-4-2025 07:24 PM
Aku suka tengok Bell ngan Zoey dalam Bedah Tong Gas.

Pastu ada pulak watak Syakwasangka anak kepada Joyah Susahpayah dalam series joyah. Terbahak2 ketawa.
Quote prince_marhaen 18-4-2025 09:44 AM
tapi meols masih takleh terima dia jadi anak jasmin hamid tu....hahahaha macam pelik sebab masa tu dah nampak muka dia dah tua sangat tapi jadi anak nakal...macam awkward pulak...
Quote Sazreena 18-4-2025 04:54 PM
Bell ni senanya serba boleh...ingat dulu dia jadi gengster dlm ceta Pa'e..besides dia ni humble cuma tu la rezeki dia lebih kpd ceta lawak.
Quote shernazz 18-4-2025 08:14 PM
Voice over dia pung banyak juga..
Quote siasia 18-4-2025 09:03 PM
Rs masyuk iklan2 jugak kan dia.
Quote silance 19-4-2025 12:32 AM
https://www.youtube.com/watch?v=JsBZ7UrFheI

Jalan cerita agak sedih tapi saya gelak dari mula sampai habis. Selain Bell ketawa tengok pelakon lain juga.  
Quote sharfox 20-4-2025 09:29 AM
AKu nak tgk Bell balik semula watak2 serius mcm dulu. Umur dah meningkat ni rasanya dah boleh berubah pulak terima kembali watak2 berat. Bell ni sgt versatile cuma lately org nampak dia sebagai Pak Lawak je.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035435 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top