CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bangladesh hidup mewah lepas kahwin wanita Malaysia

17-4-2025 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1020| Komen: 13|Original author: Raline

as.PNG


KUALA LUMPUR – Kegiatan seorang peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan runcit dan restoran dengan menggajikan tiga warga asing tanpa permit sah terbongkar dalam operasi bersepadu di sekitar Brickfields, di sini malam tadi.

Menurut lelaki warga Bangladesh itu, dia menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan memperoleh kira-kira RM55,000 sebulan.

Wartawan Kosmo! yang menyertai serbuan bermula pukul 9 hingga 11 malam itu, mendapati majikan tersebut turut cuba memperdaya pihak berkuasa dengan menyatakan pekerja asing yang diupah hanya membantu secara sementara.

“Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap. Saya bayar mereka sebanyak RM45 hingga RM70 sehari,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, lelaki berusia 47 tahun itu antara 17 individu yang ditahan susulan pemeriksaan membabitkan empat premis perniagaan.

“Individu ditahan terdiri daripada 13 lelaki Bangladesh dan dua lelaki Pakistan termasuk seorang majikan warga asing dan dua majikan tempatan yang merupakan pasangan suami isteri.

“Tindakan ke atas pekerja, majikan dan pelanggan itu membabitkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan syarat pas sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau operasi yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sehubungan itu, Wan Mohammed Saupee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Tiga Borang Imigresen 29 (Saman kepada Saksi) turut dikeluarkan kepada majikan sepanjang tempoh pemeriksaan.

“Kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut ,” ujarnya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 17-4-2025 06:47 PM
"Menurut lelaki warga Bangladesh itu, dia menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan memperoleh kira-kira RM55,000 sebulan."

Wah, mesti bini bangla ini jadi taitai tak payah keje. Boleh lepak spa, tak yah masak, pusing tawaf shopping pavilion starhill.
Quote Skuau 17-4-2025 06:58 PM
Edited by Skuau at 18-4-2025 05:10 PM
silance replied at 17-4-2025 06:47 PM
"Menurut lelaki warga Bangladesh itu, dia menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wa ...


"apa salah..parampuan Malesia pon mau kita..kita sama2 bentuk...menuju nigara Malaydesh...2050 la...u ada kawan...kasi kawen sama kita bangla la....u worang pon vole sinang"-Bangla
Quote honeybee1802 17-4-2025 07:03 PM
silance replied at 17-4-2025 06:47 PM
"Menurut lelaki warga Bangladesh itu, dia menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wa ...

Kalo dibgnya elaun...kalo disekat2 elaun..rupanya ada bini plak kt bangla ka purkistan sana...
Quote acikonion 17-4-2025 07:54 PM
Wow! Hrp bininya hidup senang juga la. Jgn jd perhiazan or punching bag
Quote Decaffeinated 18-4-2025 07:43 AM
Isinya hidup mewah ka kawin wanita Malaysia? Ka jadi bangla itu satu kesalahan...
Quote TeropongThaico 18-4-2025 09:09 AM
Yg duduk sebelahnya tu bini dia la
Mana maunya diarg biar bini jd taitai... Dikerah tenaga juga
Quote cucuq 18-4-2025 09:32 AM
Ksian ni je taste pompuan msia .adoiiii dorang tu ambik kesempatan je kot..
Quote shernazz 18-4-2025 09:57 AM
Kat puchong ni pung ada yang kaya raya
Guna nama.bini buat tender papan tanda jalan...
Quote cattiecute 18-4-2025 02:49 PM
kalau akak bini orang geng kilang suka la nepal bangla operator ni
katanya penyayang
tapi tu la bau bawang sebatu dah bau
macam mana boleh ngesex eh
asal boleh je
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2025 02:51 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia



[youtube]a5_H4SUImGY[/youtube]

http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Quote xtahumenahu 18-4-2025 03:22 PM
kawan aku kawen bangla...kaya wooo...ada kedai runcit, rumah sewa bape pintu..balik bangladesh siap naik helikopter...

tapi aku rasa laki dia mmg kaya...sbb dia plan nak balik bangla n stay teerus sana
Quote silance 18-4-2025 04:35 PM
[youtube]W-2Rcb3sFW8[/youtube]

Ni ramai businessmen bakal hartawan kena tangkap.
Quote Sazreena 18-4-2025 04:55 PM
Rela tahan bau bawang demi 55k sebulan..pajak nama...hujung-hujung kawin sebb ada maknaaa.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.135342 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top