CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enjin terbakar-pesawat mendarat cemas sebab langgar arnab

17-4-2025 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 550| Komen: 13|Original author: Raline

ar.PNG


DENVER, COLORADO – Sebuah pesawat United Airlines mendarat cemas selepas satu enjinnya terbakar sejurus berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri Colorado, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Juruterbang mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas pesawat itu mengeluarkan bunyi dentuman kuat dan enjin mula terbakar ketika ia berada di ruang udara.

Pesawat jenis Boeing 737 itu membawa 159 penumpang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton di Kanada.

Rakaman kejadian  dimuat naik di laman X  memaparkan orang ramai bangun daripada  tempat duduk mereka untuk melihat ke luar tingkap.

Mereka panik dan menjerit ketakutan apabila sayap pesawat mengeluarkan api.

Pesawat itu kekal di ruang udara selama 75 minit sebelum juruterbang mematikan enjin sebelah kanan selepas membuat panggilan kecemasan.

Seorang jurucakap United Airlines berkata: “Pesawat itu kembali ke lapangan terbang dan kami menyediakan pesawat lain untuk membawa penumpang ke destinasi mereka.”

“Kebakaran itu berpunca daripada seekor arnab.

“Bangkainya terperangkap di dalam enjin selepas dilanggar pesawat yang bergerak laju di landasan,” tambah syarikat itu.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-4-2025 07:41 PM
sib baik baca abes..igt ada arnab sesat mana kt awan atas tu...
Quote acikonion 17-4-2025 07:53 PM
Ya ampunnn...  Baca tajuk terus terbayang arnab melayang-layang
Quote airfilterkotor 17-4-2025 09:43 PM
"Rakaman kejadian  dimuat naik di laman X  memaparkan orang ramai bangun daripada  tempat duduk mereka untuk melihat ke luar tingkap."

Celah mana la wartawan ni amik cerita.
Tak buat semakan dulu ke... main tulis je.
Quote Decaffeinated 17-4-2025 11:53 PM
Lepas kena langgar arnab tu terpelanting masuk ke enjin ka?

Why not biar sahaja terbakar sampai jadi abu arnab bukan besar mana pun kan?


Quote SecretLuv 18-4-2025 01:07 AM
Kesiannya arnab tu
Quote mejaputih 18-4-2025 07:42 AM
Decaffeinated replied at 17-4-2025 11:53 PM
Lepas kena langgar arnab tu terpelanting masuk ke enjin ka?

Why not biar sahaja terbakar sampai jad ...

Iols takleh imagine arnab kat tayar pastu boleh masuk enjin? Arnab tu kecik je, boleh terpelanting tinggi masuk enjin? Atau arnab tu melekat kat tayar pastu tayar masuk dlm, bangkai arnab turut masuk and pastu terjadi malapetaka ini?
Quote Decaffeinated 18-4-2025 07:57 AM
Edited by Decaffeinated at 18-4-2025 07:58 AM
airfilterkotor replied at 17-4-2025 09:43 PM
"Rakaman kejadian  dimuat naik di laman X  memaparkan orang ramai bangun daripada  tempat duduk mere ...


Mungkin ini model kapal terbang yang tingkap nya boleh dibuka

Actually ok ja ayat tu kan?

Quote Decaffeinated 18-4-2025 07:59 AM
mejaputih replied at 18-4-2025 07:42 AM
Iols takleh imagine arnab kat tayar pastu boleh masuk enjin? Arnab tu kecik je, boleh terpelanting ...

Ha ha ha... mungkin ini arnab boleh terbang
Quote airfilterkotor 18-4-2025 10:12 AM
Decaffeinated replied at 18-4-2025 07:57 AM
Mungkin ini model kapal terbang yang tingkap nya boleh dibuka

Actually ok ja ayat tu kan?

Katebang baru lepas landas ascending to altitude, mane leh bukak sabuk pengaman. Apatah lagi berdiri beramai-ramai nak tengok enjin sebelah kanan waktu tu.
Lagipun, dalam video tu cuma sorang jer Karen kalut dok berdiri... lain-lain elok jer duduk sambil teriak fire fire.

Wartawan tak buat homework.


Quote airfilterkotor 18-4-2025 10:19 AM
"On Sunday, April 13, the right engine on United Flight 2325 caught fire after a rabbit reportedly found itself on the runway as the airplane was departing Denver International Airport en route to Edmonton, Alberta."

Rabbit Causes Fire on United Airlines Flight After Animal Is Sucked into Engine
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2025 10:26 AM
Arnab sudah boleh terbang, kenapa tak puji kerajaan?
Quote kucingitam 18-4-2025 10:42 AM
sambil baca kena perah otak macamana ada arnab kat atas nu...rupanya dah terlanggar dulu kat bawah...yiih..
Quote Kitty_catz 18-4-2025 06:31 PM
mujur kome pun tak jadi patty beger arnab sama

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048895 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top