CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamba je lelaki halau gajah liar- "Abang ni tak kosong"

17-4-2025 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1133| Komen: 23|Original author: Raline

gj.PNG


PETALING JAYA – Tindakan berani seorang lelaki mengarahkan seekor gajah liar yang mengganggu lalu lintas di Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli untuk masuk semula ke dalam hutan mendapat pujian ramai.

Menurut perkongsian di laman Facebook @Apacerita, dia pada awalnya menyangka keadaan telah terkawal selepas melihat gajah itu berada di tepi jalan, namun, tidak lama selepas dia melepasi gajah berkenaan, ia kembali ke tengah jalan dan hampir menyerang sebuah kereta Perodua Axia.



“Spontan tindakan saya, saya terus menguatkan suara menyuruh dia masuk semula ke dalam hutan. Kalau ikutkan jarak saya dengan gajah pun tak jauh mana,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen kagum dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap luar biasa.

“Abang ini bukan kosong. Kurang-kurang amalan selawat Nabi Sulaiman dah khatam,” kata @Syahrilfitriyahya.

“Aku pelik macam mana gajah boleh dengar suara abang ini. Rupanya dah ‘install’ (pasang) siap-siap pembesar suara di motosikal,” kata @Hazriqhusrin.

“Rasanya dia ini bercakap dengan makhluk ciptaan Tuhan bukan kosong. Mungkin dia amalkan pelembut hati pendengar kata agaknya. Kalau kita yang buat macam itu, tak cukup tanah kita lari,” kata @Normahsawi.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 17-4-2025 02:13 PM
Gadjah Mada tu nama nye
Quote renko 17-4-2025 03:34 PM
tak kena pijak dengan gajah leh la kata
da kena baru tahu
Quote hayrin86 17-4-2025 04:39 PM
Ada lagi yang tidak takut dengan haiwan muka baran macam gajah nih..
Quote kotakbaju 17-4-2025 06:06 PM
Kalu aku yg bawak axia putih tu mau menjerit2 menggelupur dalam keta tu dah. Buatnya tiber gajah tu pi rempuh keter axia sampai terbalik tak ke naya
Quote dua_chzy 17-4-2025 06:30 PM
Edited by dua_chzy at 17-4-2025 10:32 AM

Tu cara buat binatang liar tunduk kat uols.

Tengok mata dia bila bercakap. Pehtu kena jerkah garang2 siked tunjuk la kau lagik berauthority dari dia. Dia dengar. Meols pernah buat kat sekumpulan anjing jiran yang salak2 meols. Dah la hanat dia salak2 sambil berjalan mendekati meols. Menjadik. Haha. Dengan orang mabuk pun meols pernah buat. Kena tunjuk rilek, tenang, bila berdepan dengan dia. Kau tunjuk takut, kau la yang kena. Sama juga dengan hantu.

Jap meols carik video diver takutkan jerung dalam laut dengan hanya renungan.
Quote namemysoul 17-4-2025 07:16 PM
dua_chzy replied at 17-4-2025 06:30 PM
Tu cara buat binatang liar tunduk kat uols.

Tengok mata dia bila bercakap. Pehtu kena jerkah garang ...

Pandainye kaka...
Kite marah2 dkt anjing sbb block jln ms blk dr keje dia boleh buat x tau jek. Siap dtg lg dekat ade la...mencik betolll
Kena blaja lg ngan kaka ...
Quote dua_chzy 17-4-2025 11:19 PM
Edited by dua_chzy at 17-4-2025 03:22 PM
namemysoul replied at 17-4-2025 11:16 AM
Pandainye kaka...
Kite marah2 dkt anjing sbb block jln ms blk dr keje dia boleh buat x tau jek. Si ...


Meols jalan kaki ja masa tu. Haha. Kalau naik keta, tengok anjin juga la. Ada yang reti bahasa, ada yang bodoh macam lembu yakni spisis natang paling rilek di dunia, weol honk honk banyak kali pun dia buat bodo baring2 atas jalan.
Quote Decaffeinated 17-4-2025 11:30 PM
'Ilmu' tundukkan haiwan ni memang ada tapi bukan yang melayu2 ni faham.

Mana ada melayu main sarkis kan?

Quote miss_white 17-4-2025 11:49 PM
dua_chzy replied at 17-4-2025 04:19 PM
Meols jalan kaki ja masa tu. Haha. Kalau naik keta, tengok anjin juga la. Ada yang reti bahasa, ad ...

Aku ingat anjing cerdik dari kucing
Sebab org kata anjing cerdik.kucing bodoh
Aku selalu hangin dgn kucing bodoh.hon2 dia xblah.geram aku.
Quote A-Are 18-4-2025 08:24 AM
miss_white replied at 17-4-2025 03:49 PM
Aku ingat anjing cerdik dari kucing
Sebab org kata anjing cerdik.kucing bodoh
Aku selalu hangin dg ...

i ols rasa kucing lagi cerdik, sb tu dia yg macam tuan perangai..anjing ni setia & very protective mcm cerita hachiko..
Quote copy_paste 18-4-2025 09:54 AM
peronda keselamatan ke,owhh patut la dia buat kerja dia
Quote dua_chzy 18-4-2025 10:14 AM
miss_white replied at 17-4-2025 03:49 PM
Aku ingat anjing cerdik dari kucing
Sebab org kata anjing cerdik.kucing bodoh
Aku selalu hangin dg ...

Macam manusia juga, ada yang ceredik ada yang bodo nak mampus. Pernah tengok anjing reti seberang jalanraya. Masa dia kat tengah jalanraya, dia benti jap, bio kete lalu, pehtu dah takda kete baru dia sambung perjalanan.
Quote Decaffeinated 18-4-2025 11:38 AM
dua_chzy replied at 17-4-2025 06:30 PM
Tu cara buat binatang liar tunduk kat uols.

Tengok mata dia bila bercakap. Pehtu kena jerkah garang ...

Binatang punya survival instinct biasanya lari dulu. Dia akan lawan bila rasa terkepung, terancam atau lapar nak makan.

Quote Decaffeinated 18-4-2025 11:48 AM
A-Are replied at 18-4-2025 08:24 AM
i ols rasa kucing lagi cerdik, sb tu dia yg macam tuan perangai..anjing ni setia & very protective ...

'Cerdik' ikut persepsi manusia ialah bila binatang itu boleh communicate dan dengar kata. Kucing itu degil bukan kerana cerdik tapi to me itu dia punya survival instinct as predator.





Quote A-Are 18-4-2025 12:04 PM
Decaffeinated replied at 18-4-2025 03:48 AM
'Cerdik' ikut persepsi manusia ialah bila binatang itu boleh communicate dan dengar kata. Kucing i ...

ni yg iols bacalah...kalau ikut cerdik anjing katanya macam budak umur 2tahun...dr segi memori kucing lbh kuat 200x ganda dari anjing... cumanya anjing ni respon dia lebih cepat dr kucing while kucing ni dia pandai pon tp dia suka tapis2...dia nak ikut apa yg dia nak buat je xmcm anjing senang nak di trained..
Quote dua_chzy 18-4-2025 12:08 PM
Edited by dua_chzy at 18-4-2025 04:11 AM
Decaffeinated replied at 18-4-2025 03:38 AM
Binatang punya survival instinct biasanya lari dulu. Dia akan lawan bila rasa terkepung, terancam  ...


Iya gitu la. Sebab tu kena remain calm supaya meka tak ghasa threatened. Sedangkan bau kanser dalam badan manusia pun natang seperti anjing boleh hidu, inikan bau bahaya/takut dari manusia. Tapi kalau lapar kalu dah memang ajal uols dah dekat2 la tu. Sila lawan tumbuk mata natang tu sampai dia lepaskan uols dari rahang, jangan tak fight sebelum mati.
Quote Decaffeinated 18-4-2025 12:20 PM
A-Are replied at 18-4-2025 12:04 PM
ni yg iols bacalah...kalau ikut cerdik anjing katanya macam budak umur 2tahun...dr segi memori kuc ...

Ini mesti hasil pencinta kucing punya research. Ha ha ha... boleh la

Quote Decaffeinated 18-4-2025 12:23 PM
dua_chzy replied at 18-4-2025 12:08 PM
Iya gitu la. Sebab tu kena remain calm supaya meka tak ghasa threatened. Sedangkan bau kanser dala ...

'jangan tak fight sebelum mati' nasihat berguna tu.

I'll try to remember that. Thanks.


Quote dua_chzy 18-4-2025 12:28 PM
Decaffeinated replied at 18-4-2025 04:23 AM
'jangan tak fight sebelum mati' nasihat berguna tu.

I'll try to remember that. Thanks.

My pleasure. Meols live by that quote.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 1.537034 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top