CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Selesai tugasku mengiringimu di dunia.”-21 tahun kerja jaga Pak Lah

17-4-2025 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2202| Komen: 27|Original author: Raline

bj.PNG


PETALING JAYA – “Selesai tugasku mengiringimu di dunia.”

Itulah luahan penuh sayu Tuan Zarul, individu yang setia berkhidmat selama hampir 21 tahun menjaga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik @DarulAizar, Tuan Zarul turut berkongsi beberapa gambar kenangan ketika berkhidmat bersama Allahyarham, yang dianggap seperti bapa kandungnya sendiri.

“Betul tu, rasa macam ayah sendiri dah Tun Pak Lah (Tun Abdullah), hampir 21 tahun dengan beliau,” tulisnya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan mengucapkan penghargaan atas jasa serta kesetiaan beliau terhadap Allahyarham Tun Abdullah.



“Beruntung kamu menjaga Tun Abdullah Ahmad Badawi, orang yang warak dan soleh. Semoga nanti awak berjumpa di syurga Allah. Al-Fatihah buat arwah,” komen @Umi.kasma8.

“Terima kasih orang baik, sentiasa ada bersama dengan Tun hingga hujung nyawa. Segala pengorbanan dan khidmat tuan akan menjadi ganjaran disana. Al-fatihah utk Tun,” komen @Ned_Nina.

“Terima kasih berkhidmat untuk Allahyarham Tun hingga hujung nyawa,” kata @Azaidar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Abdullah, 85, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara kelmarin.

Sebelum ini, Perdana Menteri ke-5 itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam pada 14 April selepas mengalami masalah pernafasan.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-4-2025 08:14 AM
Edited by prince_marhaen at 18-4-2025 08:20 AM

Sedihnya...meols pernah jadi PA 4-5 tahun pun menangis ye bila ex boss meols bersara...bukan meninggal pun.. hahahahahahahahahaha...padahal boleh je lepak kat rumah lepas kerja..tapi sebab heols soooo bapak bapak tu yang rasa sayang sangat...apa lagi yang jaga 21 tahun kan...sampai ada satu masa tu anak dia jealous dia selalu menangkan meols, anggap macam anak sendiri, makan pun kat rumah mem masak, heols cakap, dia (meols) ni almost 24jam ngan papa, jadi jangan terasa hati... gittewww...
Quote azimodin 18-4-2025 08:32 AM
prince_marhaen replied at 18-4-2025 08:14 AM
Sedihnya...meols pernah jadi PA 4-5 tahun pun menangis ye bila ex boss meols bersara...bukan meningg ...

Boss baik ni hits different kan. Bersara pon kita sedih, inikan pulak meninggal. Ex boss aku pon baik jugak (walaupon dia jenis liberal sikit). Xpernah la judge staff kalau terpaksa EL disebabkan anak sakit ke hapa. Doctor bagi MC sehari, esoknya aku masuk ofis x sihat lagi. Terus dia suruh aku balik. Masa aku mengandung pon pukul 4 dia dah tanya kenapa x balik rehat. Siap buatkan jeruk buah kedondong petik dari kebun dia lagi. Dah la boss aku ni lelaki. Semoga boss2 baik ni diberikan ganjaran syurga.
Quote prince_marhaen 18-4-2025 09:11 AM
azimodin replied at 18-4-2025 08:32 AM
Boss baik ni hits different kan. Bersara pon kita sedih, inikan pulak meninggal. Ex boss aku pon b ...

ye, act officially aku PA kat office je, tu kerja2 official lah, jadual meetg semua, tapi heols hire me extra payment untuk jadi personal assistant luar office sekali, handle kerja2 personal, booking2 semua, arrange baju2 heols & puan sri, kalau shopping pun selit2 baju aku sekali hahahahaha kena paksa beli jugak nak matching2 gitu nampak kemas la PA beliau, puan sri pun baikkkkkk sangat2 tak fussy, selalu join gossip..hahahaha.. Rasa blessed gila.. tu yang bila tukar boss yang skrg ni so skema so sombong, meols culture shock..sebab ex boss tu jaga drpd start aku lapor diri...


btw, Al Fatihah untuk PakLah, among my ex boss good friend jugak ni... besar pahala arwah sebab time dia, ramai akak2 opis bertudung, walaupun awalnya ramai terpaksa, lama2 terus istiqomah bertudung...walaupun ada yg on off bukak kat luar office.

Quote mamaazim 18-4-2025 11:16 AM
ku pun sedih bila boss lama ku transfer tempat lain. kat opis nangis sikit2 je balik dalam keta nangis sedu2... boss tak ada lah manja kan ku beli barang hadiah ke apa ke pegi mana2 beli apa2 ke cuma dia baik. dah macam abg dah dia... air muka dia bengang ke bad mood ke kita dah tau.. sedih jaga dah lebih sepuluh tahun.. hanya yg keje jadi PA je faham
Quote pittjie 18-4-2025 12:10 PM
prince_marhaen replied at 18-4-2025 08:14 AM
Sedihnya...meols pernah jadi PA 4-5 tahun pun menangis ye bila ex boss meols bersara...bukan meningg ...

sama laaa. boss aku berhenti keja aku nangis bagai nak rak. faktor usia ke apa ntah sbb sebelum2 ni kat tmpt keja lain bukan tak ada boss2 aku berhenti keja. tak pulak aku emo. boss2 tu pun baik2. boss yang aku tangisi tu mmg aura bapak2 la walau umur beza 10 tahun je pun. hahaha. tapi dia mmg bos yang cool. tak penah marah2.


utk tidak ot... selamat berehat dan bersemadi dgn tenang ya Pak Lah. semoga ditempatkan di kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh. aamiin.


kalau ada waktu teringin jgk ziarah kubur beliau.


dan aku mula sedih ni .. thn ni umur tun m masuk 100 thn. ntah berapa tahun lagi dia boleh ada dgn kita. semoga tun m sentiasa sihat. aamiin.


Quote pengecatbintang 18-4-2025 12:24 PM
ada tak kat sini PA kpd Boss pompuan..

Boss pompuan yg pangkat beso

  
Quote supernaturalee 18-4-2025 12:30 PM
pittjie replied at 18-4-2025 12:10 PM
sama laaa. boss aku berhenti keja aku nangis bagai nak rak. faktor usia ke apa ntah sbb sebelum2 n ...

iols kata dgn colleague
klu tun m meninggal, iol akn ambik cuti
nak pi solat jenazah dan nak pegi kubur
Quote pittjie 18-4-2025 01:11 PM
Edited by pittjie at 18-4-2025 01:12 PM
supernaturalee replied at 18-4-2025 12:30 PM
iols kata dgn colleague
klu tun m meninggal, iol akn ambik cuti
nak pi solat jenazah dan nak pegi ...


Ya iols pun dah nekad .. if tun m pergi dulu sebelum iols & iols sihat, kalau hari kerja mmg iols akn ambik el. Nak jgk ziarah walau kena q panjang dlm panas atau hujan. Wuaaa bayang kan pun I dah sediihhhh

Dan kalau najib pun I akn Cuba. Tp kalau pmx .. tah yah la. Huhuhu
Quote pooh~key 18-4-2025 01:44 PM
prince_marhaen replied at 18-4-2025 08:14 AM
Sedihnya...meols pernah jadi PA 4-5 tahun pun menangis ye bila ex boss meols bersara...bukan meningg ...

Yang pasti chuols lelaki lah khen sissy, sebab nama chuols prince sissy?
Quote sitipayung 18-4-2025 02:58 PM
pengecatbintang replied at 18-4-2025 12:24 PM
ada tak kat sini PA kpd Boss pompuan..

Boss pompuan yg pangkat beso

saya PA kepada Ketua Jabatan (pompuan) ....tuhan je tau betapa seksanya keja dgn dia , bos dari neraka....suka maki hamun.... halau keluar dari pejabat macma pejabat tu bapak dia punya....lega dia dah bersara....dah lost contact dgn dia
Quote prince_marhaen 18-4-2025 03:05 PM
pittjie replied at 18-4-2025 12:10 PM
sama laaa. boss aku berhenti keja aku nangis bagai nak rak. faktor usia ke apa ntah sbb sebelum2 n ...

sama lah... if Tun M & PM6 teringin nak cuti & ziarah, selepas2 tu sampai PMX takyah lah...hahahahahahaha
Quote prince_marhaen 18-4-2025 03:06 PM
pooh~key replied at 18-4-2025 01:44 PM
Yang pasti chuols lelaki lah khen sissy, sebab nama chuols prince sissy?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA kalau pompuan dah kena sembelih ngan Puan Sri uolssss... sbb iols manjahhhhh hahaha


Quote pengecatbintang 18-4-2025 04:18 PM
sitipayung replied at 18-4-2025 02:58 PM
saya PA kepada Ketua Jabatan (pompuan) ....tuhan je tau betapa seksanya keja dgn dia , bos dari ner ...

kebanyakan pompuan kalo jadi Boss n jawatan besar mmg gitu

nnt

dia akan dapat balasan di hari tua dia
Quote sitipayung 18-4-2025 04:20 PM
pengecatbintang replied at 18-4-2025 04:18 PM
kebanyakan pompuan kalo jadi Boss n jawatan besar mmg gitu

nnt

Ameen yarabbal alamin
Quote B40tastePosh 18-4-2025 05:03 PM
Tolong bergaji jangan cerita kat Socmed
Quote TomyamPuteh 18-4-2025 06:18 PM
Bos aku pulak bila dia bertukar, kami pakat2 kenduri pulut kuning dgn pisang. Hahaha. Gelak jahat.
Quote supernaturalee 18-4-2025 07:42 PM
TomyamPuteh replied at 18-4-2025 06:18 PM
Bos aku pulak bila dia bertukar, kami pakat2 kenduri pulut kuning dgn pisang. Hahaha. Gelak jahat.

yup....kami pnh buat mcm ni
tak smpi setahun pun die tp nightmare yachh

Quote otai_g 18-4-2025 08:08 PM
Rmi plk org yg story psl bos masing2. Dey aku msk thread ni psl nak Tau psl kisah pembantu arwah pak lah ni lah. Apa bos korang tu ex pm ka yg wajar diwar2kan storynya?
Quote noell 18-4-2025 08:23 PM
prince_marhaen replied at 18-4-2025 08:14 AM
Sedihnya...meols pernah jadi PA 4-5 tahun pun menangis ye bila ex boss meols bersara...bukan meningg ...

jd PA ceo megah holding ka sis??huntonglaaa banyak drama

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.151235 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top