Seorang penghuni di sebuah pusat pemulihan dipukul gara-gara enggan membasuh baju warden dan mencuci tandas di premis berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki dikepung di dalam sebuah bilik sebelum dipukul beberapa lelaki lain secara bergilir-gilir.
Selain itu, mangsa juga dilihat diheret berulang kali.
Insiden terbabit dikatakan berlaku kira-kira 30 kilometer dari Bengaluru, India.
Ketua Polis Daerah luar bandar Bengaluru, CK Baba berkata, pihaknya telah mengadakan serbuan ke atas premis berkenaan.
"Kejadian ini berlaku di sebuah pusat pemulihan swasta. Rakaman tersebut menunjukkan seorang individu yang menghuni di fasiliti itu diserang secara fizikal.
"Serangan itu berlaku dalam kawasan fasiliti dipercayai sudah lama berlaku dan kini mendapat perhatian umum,” katanya.
Susulan itu, polis menahan beberapa individu termasuk warden di pusat tersebut dan siasatan berhubung kes tersebut sedang dijalankan.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|