CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja perempuan hilang 5 hari, diculik dan dirogol jiran sendiri

17-4-2025 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 717| Komen: 4|Original author: Raline

sc.PNG


Seorang lelaki yang disyaki menculik dan merogol anak perempuan jirannya berusia 13 tahun, cedera ditembak polis.

Suspek berusia 47 tahun itu ditembak polis kerana bertidak agresif dan cuba melawan ketika ditahan.

Hasil siasatan mendapati suspek menculik mangsa dan menjadikannya tebusan selama empat hari di rumah sewa, sebelum mencabul dan merogolnya.

Kejadian berlaku di Jakarta Timur, Indonesia.

Ketua Sub Direktorat Resmob Ditreskrimum Polis Metro Jaya, AKBP Resa Fiardy Marasabessy berkata, suspek yang baru menyewa berdekatan berkenalan dengan keluarga mangsa sebelum mengajak mangsa keluar ke pasar.

Menurutnya, suspek mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan hadiah pada 10 April lalu.

"Suspek dikatakan berjanji untuk membelikan hadiah untuk mangsa, dan ibu mangsa mempercayainya.

"Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu bapanya bimbang dan melaporkannya kepada polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Susulan siasatan lanjut, polis menjejaki suspek pada Selasa dan cuba menahannya tetapi suspek melawan sehingga polis melepaskan tembakan ke kakinya.

"Polis berjaya menahan suspek dan menyelamatkan mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 17-4-2025 12:46 PM
Amaturnya wat keje
Igtkan culik diam2 tarik masuk semak
Hai si mak pun cemana kamu semudah tu je percayakan org asing
Yelaa duk dengar nak dapat hadiah kannnn
Quote silance 17-4-2025 01:28 PM
Syukur orang ini tidak datang malezia.
Quote malarky 17-4-2025 04:48 PM
Suchi replied at 17-4-2025 12:46 PM
Amaturnya wat keje
Igtkan culik diam2 tarik masuk semak
Hai si mak pun cemana kamu semudah tu je per ...

mujurlah dia buat keje amatur... kalau dia pro mungkin lagi malang nasib budak tu...
Quote BoongaKertas 18-4-2025 04:43 PM
pls potong KASI terussssss. jgn membiak dahhhhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.294631 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top