CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaluan dipotong! Lelaki kritikal diserang teman wanita dan 4 abang

17-4-2025 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 409| Komen: 3|Original author: Raline

bm.PNG


Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera parah selepas didakwa diserang oleh kekasihnya dan empat abang wanita itu, dipercayai berpunca daripada konflik keluarga yang berlarutan.

Mangsa dikatakan telah pergi ke rumah kekasihnya selepas dihubungi, tanpa menyedari bahawa empat abang wanita itu bersedia menunggu.

Berdasarkan laporan polis, mangsa didakwa ditangkap, didera dan dipukul oleh empat abang kekasihnya.

Keempat-empat lelaki tersebut kemudian mengarahkan adik mereka memotong kemaluan mangsa menggunakan pisau, menyebabkan pendarahan serius. Mangsa kemudian dicampak keluar dari rumah.

Kejadian dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh, India.

Seorang penduduk kampung yang ternampak mangsa dalam keadaan cedera segera memaklumkan bapanya dan dia segera dikejarkan ke hospital. Keadaan mangsa dilaporkan masih kritikal.

Menurut keluarga mangsa, kejadian dipercayai didalangi oleh wanita tersebut yang sengaja mengumpan mangsa ke rumahnya yang terletak berhampiran.

Mereka turut mendakwa serangan bermotifkan dendam kerana terdapat permusuhan lama antara kedua-dua keluarga sebelum ini.

Bagaimanapun, wanita terbabit tampil membuat laporan balas mendakwa mangsa telah menceroboh masuk ke rumahnya sekitar pukul 1.00 pagi dan cuba melakukan perkara tidak senonoh, menyebabkan dia bertindak mencederakannya untuk mempertahankan diri.

Polis mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BungaKencana 17-4-2025 01:05 PM
india dgn Konoha tak pernah tak pelik.. jd tak terkezut...
Quote areyam 17-4-2025 01:24 PM
ganass... sesuai apa yg filem kat sana... mmg biasa camtu
Quote lipans 17-4-2025 01:54 PM
inspektor sahab akan menyiasat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.185678 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top