CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Wanita rasa kemaluan lelaki masuk dalam faraj ketika tidur, badan pula ditindih

17-4-2025 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 350| Komen: 0|Original author: Raline

km.PNG


Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai pengalaman 'ditindih' makhluk halus ketika tidur.

Di sebalik penjelasan sains mengenai situasi itu, ramai yang percaya ia sememangnya satu bentuk gangguan mistik.

Di platform X, seorang wanita turut tular selepas mendakwa dia pernah mengalami gangguan pelik ketika tidur.

Dakwa wanita berkenaan, dia berdepan detik yang aneh itu ketika tidur tanpa seurat benang di kediamannya.

"Aku tidur bogel masa usia 20-an dulu. Aku sendirian di apartment. Kemudian aku rasa ada benda tindih aku. Rasa lengan kanan dipegang dan dimasukkan 'sesuatu' ke dalam faraj.

"Aku yakin ia kemaluan lelaki. Tapi apabila buka mata, aku hanya sendirian di atas katil," tulis wanita itu.

Jelasnya, kejadian itu membuatkan dia serik untuk tidur dalam keadaan berbogel di rumahnya.

"Sejak itu, saya dah tak tidur berbogel dan sekurang-kurangnya pakai seluar dalam kalau rumah panas sangat," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan kejadian serupa.

"Ramai komen kecam sebab tak pernah kena. Benda memang boleh berlaku. Tak percaya tanya ustaz. Jin tu pun mahkluk juga.

"Sama macam kawan perempuan aku. Lawa, baik, sopan. Dia selalu cerita kena rogol dengan hantu.

"Tak tahulah orang percaya ke tak sebab (saya) pernah alami benda sama juga.

"Benda ni adalah fenomena yang saya pilih untuk terima secara saintifik dan mistik," tulis netizen.

Namun, ramai juga yang mengecam wanita itu memandangkan fenomena tersebut sudah dijelaskan secara perubatan.

"Itu sleep paralysis. Tidur secara terlentang boleh meningkatkan peluang untuk kena.

"Kesian jin difitnah, ini content bodoh," selar seorang lagi netizen.

Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar daripada tidur.

Ia berlaku kerana otot badan masih lagi dalam keadaan tidur walaupun otak sudah terjaga, sekali gus menyebabkan seseorang tidak mampu bergerak dan bersuara.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.027730 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top