CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas penceramah dituduh menyamar peguam dibicara Julai

16-4-2025 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 921| Komen: 13|Original author: tatod

1000016616.jpg



SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan lapan hari pada bulan Julai dan Oktober depan bagi tarikh perbicaraan bekas penceramah bebas yang dituduh menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa sejak 2021.


Tertuduh Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, hadir pada prosiding sebutan semula kes hari ini.


Hakim Norina Zainol Abidin memberitahu, mahkamah telah melapangkan lapan hari bagi tarikh perbicaraan selepas mendapat persetujuan bersama daripada pihak pendakwaan, pembelaan dan peguam pemerhati.


Tarikh perbicaraan tersebut bermula 14, 15, 16, 17 Julai dan seterusnya 27, 28, 29, 30 Oktober depan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shafatihah Nor Azmi memaklumkan, pihak pendakwaan dijangka akan memanggil seramai 15 hingga 20 saksi termasuk saksi awam, pegawai penyiasat dan pegawai mahkamah.



Peguam Ahmad Zahid Abu Hashim yang mewakili tertuduh tidak membantah dan bersetuju dengan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.


Mahkamah turut dimaklumkan bahawa peguam, R.Manian akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam Malaysia bagi kes tersebut.


Mengikut tiga pertuduhan Muhammad Syafiq Stewart didakwa telah menyatakan bahawa dirinya adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan dengan menipu dua mangsa.


Kesalahan itu dilakukan pada 18 November 2021 dan 2 Mac 2022 di Kompleks Mahkamah Seremban. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 16-4-2025 01:42 PM
IMG_2774.jpeg
Org yg sama ke
Hebat dia, mcm2 dia boleh jadi
Quote Goodluckdontcry 16-4-2025 01:49 PM
Wah adakah ini yg dikatakan sejenis sumpah2 halimunan..mcm2 dia blh bertukar dlm sekejapan... kehkehkeh
Quote KamikuP 17-4-2025 08:56 AM
iTU sbb meolls hanya percaya pada penceramah Ustaz Kazim sahaja yaachhh.. ekekekeke
Kecam le meolls.. meolls pedulikhaper komen cuolls.. ekekekek puikk
Quote kakikuDibibirmu 17-4-2025 08:58 AM
Takkanlah lebai nak menipu
Quote sapeka 17-4-2025 09:52 AM
Teringin jd loya?
Quote Supersirap 17-4-2025 09:59 AM
Wow nama unik dan menarik
Quote Nurul8001 17-4-2025 10:06 AM
Edited by Nurul8001 at 17-4-2025 10:12 AM
KamikuP replied at 17-4-2025 08:56 AM
iTU sbb meolls hanya percaya pada penceramah Ustaz Kazim sahaja yaachhh.. ekekekeke
Kecam le meolls. ...


Saya pulak hanya percaya ustaz yg ada title Dr.
Walaupun dia dituduh wasabi eh wahabi.


Quote Nurul8001 17-4-2025 10:10 AM
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2025 08:58 AM
Takkanlah lebai nak menipu

Tak semua lebai/penceramah tu betul2 pandai dalam hukum hakam agama.
Kalau ada bakat public speaking, baca beberapa buku je cukup, bila bercakap pada audience, konon menyampaikan ilmu, goreng sampai garing.
Yang mendengar pun terkagum2.

Zaman2 ramai penonggeng agama ni, pilih pilihla siapa yg kita nak percaya.
Quote marchikobonzo 17-4-2025 10:25 AM
Nurul8001 replied at 17-4-2025 02:06 AM
Saya pulak hanya percaya ustaz yg ada title Dr.
Walaupun dia dituduh wasabi eh wahabi.

Ya, sama. Ilmunya lebih reliable & tak extreme dalam berdakwah
Quote nisako 17-4-2025 11:25 AM
wow
Quote Skuau 17-4-2025 11:48 AM
BAHANA ORANG MSIA MUDAH KAGUM....
kena ngn:
-'gang' sendiri
-indon
-bangla
-pakis
-rohingya
-negro
-dan ramai lg.
      
               
                 
Quote plywood 17-4-2025 11:48 AM


best jadi scammer, kejap jadi scammer ni .. kejap jadi scammer tu.. berbakat sungguh dia
Quote plywood 17-4-2025 11:49 AM


best jadi scammer, kejap jadi scammer ni .. kejap jadi scammer tu.. berbakat sungguh dia

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.152102 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top