CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Another broken home’ – Green Day ‘bersama’ Gaza di Coachella

16-4-2025 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 312| Komen: 3|Original author: tatod

1000015804.jpg



TIDAK gentar melaungkan solidariti terhadap Palestin, kumpulan popular Green Day menjadikan festival muzik Coachella sebagai medan menzahirkan suara hati mengenai penderitaan kanak-kanak di Gaza.


Vokalis band punk rock legenda itu, Billie Joe Armstrong membawakan lagu Jesus of Suburbia dari album American Idiot yang digubah liriknya sebagai tanda mengingatkan dunia terhadap mesej kemanusiaan sejagat.


Daripada baris asal, Runnin’ away from pain when you’ve been victimized, penyanyi berusia 53 tahun itu menyanyikan lirik: Runnin’ away from pain like the kids from Palestine, tales from another broken home.


Alunan penuh emosi itu dengan serta merta mencetuskan sorakan ribuan penonton yang merupakan penampilan pertama Green Day pada acara muzik tahunan tersebut.



1000015805.jpg


Berlangsung di Empire Polo Club, Indio, California, kelantangan kumpulan asal Rodeo, California itu pada Sabtu lalu turut tular dalam media sosial dengan rata-rata netizen senada dengan mereka mengutuk penjarahan Israel di bumi Palestin.


Ini bukan kali pertama Green Day yang juga penerima Anugerah Grammy ‘bersuara’ mengenai isu sejagat kerana ketika beraksi di Corona Capital Festival, Mexico, trio terbabit turut menukar lirik lagu berkenaan.


Persembahan pada November 2024 itu menampilkan seni kata ‘From Palestine to the Middle East’ yang sepatutnya ‘From Anaheim to the Middle East’.


Bahkan mereka juga membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin sewaktu konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Februari lalu apabila Billie mengangkat tinggi bendera Palestin yang diberikan peminat.


1000015806.jpg


Berdasarkan jadual Coachella, Green Day bakal tampil buat kali kedua pada 19 April ini, sekali gus membuatkan penonton tertunggu-tunggu kejutan lain.


Green Day yang ditubuhkan pada tahun 1987 itu dianggotai beberapa ahli iaitu Billie, Mike Dirnt (bass), serta Tre Cool (dram).


Walaupun kumpulan tersebut berasal dari negara Barat, mereka sememangnya terkenal sebagai pemuzik yang tegar menunjukkan sokongan terhadap Palestin.


Malah, mereka juga pernah menulis lirik lagu Peacemaker yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan memasukkan nama Gaza iaitu Call up the Gaza. – KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 16-4-2025 09:16 AM
Louder!
Quote nadie90 16-4-2025 09:11 PM
Xsgka umur depa dh cecah 50an....kebangga la fans GD
Quote Beribear 16-4-2025 11:45 PM
Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire
Like a liar looking for forgiveness from a stone?

Sesuai utk israhell dan sekutu sekutunya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top