CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Demi anak perempuan kesayangan, Lee Dong Gun beli rumah RM2.2 juta

16-4-2025 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 511| Komen: 5|Original author: tatod

1000015615.jpg



DEMI anak perempuan tunggalnya, pelakon Lee Dong Gun sedang mempertimbangkan membeli sebuah rumah berharga KRW690 juta atau RM2.2 juta.


Keputusan itu bagi membolehkan anak perempuannya iaitu Roa, 9, mempunyai ruang dan bilik sendiri setiap kali datang bermalam di rumahnya.


Jelas Dong Gun, 45, rumahnya sekarang tidak sesuai untuk kanak-kanak itu apatah lagi ia sebuah studio dan sesuai untuk seorang.


1000015611.jpg



"Sebelum ini saya sudah berjanji dengan anak yang dia boleh datang dan bermalam di rumah saya.


"Jadi saya mahu mencipta ruang khusus dan sesuai untuknya agar dia berasa selesa," katanya.


Dong Gun berkongsi perkara itu ketika muncul menerusi program My Little Old Boy pada Ahad.


Aktor itu memberitahu rumah tiga tingkat yang bakal dibelinya itu terletak di Gwangju di wilayah Gyeonggi.


1000015616.jpg


Untuk rekod, Dong Gun pernah berkahwin dengan pelakon Jo Yoon Hee pada tahun 2017.


Namun mereka bercerai pada 2020 dan anak perempuan mereka di bawah jagaan Yoon Hee.


Bagaimanapun mereka masih mengekalkan hubungan baik dan sering dilihat menghabiskan masa bersama Roa. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 16-4-2025 10:05 AM
Mak oii..mahal yakmat la rumah kat sana. Retis famous cam ni pun duduk studio je
Quote Isninselasarabu 16-4-2025 05:03 PM
Mmg mahal rmh kt sane.. gaji diorang pn mahal.. basic gaji diorang mesti tinggi..
Quote miszclassique 17-4-2025 12:31 AM
Patah amon versi korea… Manjang cinta lokasi jerr
Quote virgocircus 21-4-2025 02:26 PM
True definition of lousy husband but a good father. Huhuhu
Quote gerbera.memopad 22-4-2025 12:01 AM
Kuat betul aura plaboya dia ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.033471 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top