CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Katy Perry cium tanah selepas mendarat

16-4-2025 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 505| Komen: 4|Original author: tatod

1000015655.jpg



Penyanyi popular, Katy Perry yang menaiki penerbangan ke angkasa lepas semalam mencium tanah sejurus selepas mendarat di Bumi.


Menerusi video yang dimuat naik syarikat penerbangan angkasa, Blue Origin di laman web mereka, Perry selepas selamat tiba di Bumi selepas menjelajah ke angkasa menaiki roket Blue Origin milik Jeff Bezos bersama lima wanita lain.


"Rasa sangat terhubung dengan kehidupan dan tersentuh dengan rasa kasih sayang," katanya.


Tunang Bezos, Lauren Sánchez dan penyampai CBS, Gayle King yang turut menyertai penerbangan itu menyatakan detik paling bermakna sepanjang penerbangan itu ialah apabila Perry menyanyikan lagu What A Wonderful World nyanyian asal Louis Armstrong.



1000015656.jpg


Dalam video itu, turut dirakamkan Katy membawa bunga daisy sebagai simbolik kepada nama timangan anaknya.


Penerbangan itu berlangsung selama kira-kira 11 minit dan membawa semua enam wanita itu melepasi ketinggian 100 kilometer dari permukaan Bumi.



Ia adalah sempadan angkasa lepas yang diiktiraf antarabangsa sekali gus memberi mereka peluang menikmati beberapa detik dalam keadaan terapung tanpa graviti.


Turut berada dalam penerbangan itu ialah bekas saintis roket NASA, Aisha Bowe; aktivis hak sivil, Amanda Nguyen; dan penerbit filem, Kerianne Flynn.


Roket New Shepard dilancarkan dari tapak pelancarannya di West Texas pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.


Kapsul itu kembali ke Bumi dengan pendaratan lancar yang dibantu oleh payung terjun, manakala penggalak roket turut berjaya mendarat semula di Texas.


Sorakan kegembiraan kedengaran dari dalam kapsul ketika pasukan penyelamat tiba untuk menjemput mereka. - Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-4-2025 01:29 PM
Patu kne troll ngn Wendy's

1000098107.jpg

1000098106.jpg

1000098105.jpg
Quote borrow 18-4-2025 07:47 AM
Lol ramai troll.  Tp klo offer kat ai , ai naik je
Quote wikedsaikel 19-4-2025 05:50 AM
Sisn ke T.O.P nak sangat naik ke angkasa.
Quote alesandra 19-4-2025 11:18 PM
beriya betul gayle tu sentap org tak panggil dia astronaut

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055300 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top