PELAKON Baim Wong akur melakukan ujian kesihatan mental selepas dia sering dianggap berdepan gangguan personaliti narsistik (NPD).
Detik Hot melaporkan Baim melakukan pemeriksaan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang, Malaysia untuk mendapatkan keputusan lebih tepat.
Menurut Baim, 43, dia bersyukur kesihatan mentalnya dalam keadaan baik sekali gus menyangkal tuduhan orang ramai kononnya dia seorang narsistik.
Dia juga meminta agar netizen tidak lagi membuat tuduhan secara melalu terhadap masalah kesihatan mentalnya selepas ini.
"Alhamdulillah saya sihat, tidak ada penyakit mental yang perlu saya bimbangkan.
"Bagi saya sakit itu adalah rahsia tapi kadang boleh menjadi luka seseorang, kalau boleh jangan dikongsikan ke orang ramai," kongsinya.
Tidak hanya itu, Baim juga melakukan pemeriksaan kesihatan lain memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.
"Saya tidak ada kanser, ketumbuhan, HIV atau penyakit berbahaya lain.
"Saya cuma ada masalah kolesterol tinggi sebab suka makan makanan laut, keju dan daging merah. Selebihnya okay sahaja Alhamdulillah," kongsinya.
Sebelum ini, netizen menganggap Baim seorang narsistik susulan masalah rumah tangga dihadapinya dengan isteri iaitu Paula Verhoeven.
Untuk rekod, Baim dan Paula berkahwin pada November 2018 dan sedang dalam proses penceraian.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|