CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syazwan Zulkifly kembali jalin hubungan dengan bekas tunang, pasang hasrat kahwin tahun ini

16-4-2025 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1446| Komen: 11|Original author: tatod

1000015873.jpg



PELAKON Syazwan Zulkifly mendedahkan bahawa dia masih lagi mempunyai hubungan bersama bekas tunangnya iaitu Sya Zulkifli dan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Kata Syazwan, 38, dia cuba untuk merahsiakan perkara tersebut sebaik mungkin kerana risau hubungan tersebut terhenti di tengah jalan seperti sebelum ini.

“Sekarang ini saya kembali bersama bekas tunang. Sebenarnya tahun 2020 yang kami putus itu, tahun yang sama juga kami berbaik. Cuma tidak mahu hebohkan sebab malu dengan perkara terjadi sebelum ini (putus tunang).



“Sebab kami kembali bersama antaranya adalah kucing, dan yang paling utama adalah Allahyarham ibu saya selesa dengan dia. Sebelum meninggal memang dia mahu tengok kami bersama (kahwin). Insya-Allah kalau tiada apa yang berlaku, tahun ini (kami kahwin),” katanya kepada mStar.

Syazwan memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Blood Brothers yang Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin. - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 15-4-2025 04:33 PM
lepas pusing2 satu malaya....tak dapat betina, akhir nya balik ke tunang lah.

Quote blakcswan 15-4-2025 04:48 PM
ok fine
Quote noell 15-4-2025 04:59 PM
acik poremer mana ntah dok berkenan sgt dgn dia neh badboy vibes kuat sgt katanya
Quote wirazam 15-4-2025 05:29 PM
noell replied at 15-4-2025 04:59 PM
acik poremer mana ntah dok berkenan sgt dgn dia neh badboy vibes kuat sgt katanya

Mohon acik por tu gi ngorat dia nehhh...
Quote kuzaime 15-4-2025 06:07 PM
Dekat 40 tahun jugak dah umo Jaki PI ni eloklah kawin cepat
Quote innocent_me 16-4-2025 12:25 AM
Dah berbaik tp tak kawin2 peram sampai 5 tahun buat menatang apa?duk cari calon lain tp takde yg nak kan kau khennn??
Quote imransulaiman 16-4-2025 02:19 PM
Macam rupa wak parjo dia bersongkok
Quote ayukpingu 16-4-2025 02:27 PM
before ni peminat ramai kenen kan dia dgn Wan sharmila. tapi depa nampak mcm sesuai jer bila bersama
Quote heythere123 16-4-2025 03:25 PM
ala2 bam wemy gittew tapi at least bam wemy nampak la berkaliber. Heols ni nampak hauk
Quote prince_marhaen 16-4-2025 04:00 PM
stok romen2 je ni.... tengah sengkek cari balik, tengah berduit main pompuan lain...gitu je lah kitaran bohjan ni....sama ngan bohjan asaari ngaji quran tu... hujung2 tak habis kisah nak try betina..
Quote Orion_Onion 17-4-2025 08:40 AM
Tajuk English cite BM..dh knapaaaa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.784218 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top