CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Tak Pernah Lupa Ex-BF Pernah Cakap Dia Anak Angkat

16-4-2025 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2227| Komen: 14|Original author: tatod

1000015963.jpg



SELEPAS kali terakhir muncul dengan lagu Bersama Dengan Rindu pada 2023, Diana Danielle, dikatakan bakal melancarkan karya baharu.


Ia berikutan selepas beliau memuat naik satu hantaran teaser lagu di akaun Instagramnya pada Jumaat.


Dalam hantaran tersebut ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi mengatakan pernah dilabel 'anak angkat' oleh bekas kekasihnya.




Beliau turut bertanya kepada para pengikut pengalaman berdepan dengan kata-kata bekas pasangan yang sukar mereka lupakan sehingga kini.

"Apa benda yang bekas ex (pasangan) pernah cakap sehingga kamu takkan boleh lupa? Bekas kekasih saya pernah cakap bahawa ibu saya bukanlah ibu kandung dan saya sebenarnya anak angkat," tulisnya secara santai.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan beberapa keping foto daripada sebahagian teaser lagu terbaharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.



Walaupun dimuat naik sebagai promosi lagu dan belum cukup 24 jam hantaran itu dibuat, namun warga maya pantas membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pengalaman masing-masing yang lebih 'pedas'.

Antara yang paling banyak menerima tanda suka ialah bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

"Tiada duit dan tiada orang akan nak sebab gemuk dan hodoh," ujarnya dengan disertakan emoji ketawa.

"Awak tidak bermakna untuk saya sejak awal lagi" kongsi @niziee.

1000015958.jpg


Lebih perit, ada yang sanggup menyentuh kehilangan insan tersayang. Komen tersebut juga mendapat perhatian daripada Diana yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berhati perut dan kurang ajar.

"Dia pernah kata pada saya, awak kan tiada ayah. Tetapi tidak mengapa, giliran dia akan tiba suatu hari nanti," kata @munirahnordin.

Hantaran Diana bagaimanapun tidak menyatakan secara langsung kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Terdahulu, Diana disahkan bercerai talak satu dengan pelakon, Farid Kamil pada 24 Mac lalu.

Perceraian itu merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 10 Ogos 2023. — Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 15-4-2025 05:24 PM
Ko santau je la ex kau tu
Biar dia muntah paku rambut segala..ala mcm dlm pelem2 seram david teoh tu
Quote wirazam 15-4-2025 05:27 PM
Eh jap...bukan ke kalau cerai kali kedua dah jadi talak dua??
Quote kuzaime 15-4-2025 06:10 PM
Tiba pulak ada terselit pasal ngai kat situ, sibuk nak mencapub jugekkk
Quote tumpanglalu74 15-4-2025 10:54 PM
Samsol ke??
Quote acikonion 16-4-2025 09:12 AM
Acik tau DD ada 2 ex je
Quote noor2 16-4-2025 09:23 AM
Muka sama je dgn muka mak dia...anak angkat apanya
Quote NazRysha 16-4-2025 09:50 AM
muka mak dia mcm joyah vegas
Quote BungaKencana 16-4-2025 10:29 AM
"Tiada duit dan tiada orang akan nak sebab gemuk dan hodoh," ujarnya dengan disertakan emoji ketawa.


kau mmg HODOH & GEMUK


DD pun serba slh nk reply komen.. ahahahha
Quote prettyuglybabe 16-4-2025 10:31 AM
ex bf dia si sol la kan..
yang couple dari bawah umur sebelum bekas laki caras..
Quote AcikBuncit 16-4-2025 10:46 AM
Muka dia sama je ngn mak dia. Beza warna kulit je dia putih melepak. Tu je
Quote prince_marhaen 16-4-2025 03:09 PM
eksotik ye muka mak dia, patutlah pakcik Danny Beeson stim.... hahahhaha. bini pakcik beeson sekarang pun muka eksotik ye..
Quote lilacomot 16-4-2025 03:17 PM
dia ni mmg kacuk yg menjadi...

ex ko tu si sol tu ke
Quote kakiah12 16-4-2025 03:22 PM
Nampak dd hr tu kat family mart dgn anak laki dia. Mmg lebih cantik di luar dr dlm gambar..kat luar nampak ‘mix’ sgt banding gambar tp lain sikit la sejak hidung lain ni. Tp still cantik..
Quote nisako 17-4-2025 11:05 AM
ssssol ke hahaaaa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.091086 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top