![]()
Georgetown: Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, di sini, kesal dengan video tular memaparkan beberapa wanita menari separuh bogel dan mencolok mata dipercayai ketika Pesta Songkran, baru-baru ini. Pengerusinya Ismail Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video kejadian berkenaan didakwa berlaku di Batu Feringghi apabila tular di media sosial pada Ahad lalu. "Kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular, yang memaparkan aktiviti tarian separuh bogel, mencolok mata oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran. "Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Katanya, penganjuran aktiviti berkenaan adalah amat tidak bermoral dan pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu kerana tidak sensitif dan mencemar imej pantai Batu Feringghi yang menjadi tumpuan awam.
"Kami menyarankan pihak berkuasa yang terbabit melihat dengan lebih teliti permohonan permit sebelum memberi kebenaran bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berulang di masa hadapan kerana menggugat sensitiviti masyarakat Islam di sini," katanya. Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat itu memaparkan beberapa wanita berpakaian mencolok mata menari di restoran terbabit. Ia mendapat pelbagai reaksi warganet berikutan lokasi penganjuran aktiviti itu yang terletak kira-kira 50 meter daripada masjid. - Harian Metro |
IzzahF replied at 17-4-2025 09:09 AM
dah colok pulak dah, bukan datok kong nk pakai colok2
kucingitam replied at 17-4-2025 10:54 AM
betul dah mencolok mata tu..
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mencolok+mata&d=175768&
IzzahF replied at 17-4-2025 11:05 AM
adoi aiols pening, dulu2 masa skolah cikgu ckp menjolok tu yg betul. sekali lg aiols gugel rupanya ...
IzzahF replied at 17-4-2025 11:05 AM
adoi aiols pening, dulu2 masa skolah cikgu ckp menjolok tu yg betul. sekali lg aiols gugel rupanya ...
IzzahF replied at 17-4-2025 11:05 AM
adoi aiols pening, dulu2 masa skolah cikgu ckp menjolok tu yg betul. sekali lg aiols gugel rupanya ...
Samerosie replied at 17-4-2025 11:13 AM
iols pun zaman sekolah memang belajar guna menjolok mata. Sekarang je tiba2 ada mencolok mata.
Th ...
ADVERTISEMENT