CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin banyak dapat komen dan mesej orang Indonesia

15-4-2025 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2033| Komen: 35|Original author: Raline

fa.PNG


Fattah Amin langsung tidak menyangka Bidaah berjaya mendapat tempat di hati penonton sehingga tular di Indonesia.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, pada awalnya mereka menyangka karya tersebut bakal menjadi kontroversi seperti mana berlaku di Malaysia memandangkan menampilkan beberapa adegan panas.

"Memang tak sangka sebenarnya drama ini akan viral malah tiada siapa dalam kalangan pelakon atau kru produksi menjangkakan apa sedang berlaku sekarang.

"Apabila drama ini disiarkan, ingatkan akan ada isu sebab terdapat babak-babak kontroversi.

"Tapi tak sangka pula viral drama ini dan diterima baik. Malah mendapat pujian kerana mesej disampaikan cukup baik," katanya kepada mStar.



Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Kulit Wayang yang diadakan di The Landing @ KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Bersyukur Bidaah diterima penonton di Indonesia, Fattah menganggap itu adalah rezeki diberikan Allah SWT buat semua yang terlibat dalam drama berkenaan.

Malah Fattah seronok dapat bekerja dengan pelakon veteran Faizal Hussein yang tidak kedekut berkongsi ilmu dengan pelapis baharu sepertinya.



"Alhamdulillah, bukan senang drama atau pelakon kita hendak dikenali di Indonesia. Bagi saya itu rezeki buat semua yang terlibat.

"Faizal memang terbaik, bekerja dengannya sangat mudah malah dia banyak berkongsi ilmu dengan saya," katanya.

Tidak hanya Faizal, Fattah memberitahu dia juga terkena tempias apabila menerima banyak komen serta mesej peminat di Indonesia.

Malah ramai bertanya kepadanya sekiranya Bidaah akan muncul dengan musim kedua.

"Akaun TikTok saya ramai betul penonton dari Indonesia meninggalkan komen memberitahu mereka sukakan drama tersebut.

"Banyak juga bertanya bila musim kedua Bidaah akan keluar. Saya tak boleh nak jawab sebab saya pelakon sahaja," ujarnya.

Selain Faizal dan Fattah, Bidaah turut menampilkan barisan pelakon seperti Fazlina Ahmad Daud, Riena Diana, Marissa Yasmin, Fathia Latiff dan Vanidah Imran.



Kesemua 15 episod Bidaah arahan Fazli Yahya itu kini boleh ditonton menerusi aplikasi penstriman Viu.

Dalam perkembangan lain, Fattah bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya iaitu Kulit Wayang yang akan ditayangkan di pawagam pada 1 Mei ini.

Menerusi filem arahan Dain Said itu, Fattah bergandingan dengan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jenna Kamaratih dan Raynavenzka Deyandra.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 14-4-2025 02:04 PM
Go Attah go! Highway to Indonesiaaaaa.......


Quote chandrahusin 14-4-2025 02:47 PM
yg aku nmpak lalu lalang reels
ramai yg share psl Walid
keluar gamba2 dr zaman Walid jambu
Quote princessmiang 14-4-2025 02:59 PM
Bakal #SenimanBiduan pertama Malaysia
Quote apedehal 14-4-2025 03:07 PM
Citer bidaah tu yg pemes watak walid. Filem kulit wayang yg masa fattah masih laki fazura ken(kena kasi remark sbb ada keledek pikir fattah berlakon sana sini masa jd duda je).. looks promising tp mmg xkn tonton la xminat genre seram. Good luck fattah.
Quote _kelly 14-4-2025 03:12 PM
dia pon nak jugekkk..lepas faizal hussein citer dapat dm bagai dari konoha, dia pon taknak kalahhhh
Quote L.U.S.M 15-4-2025 02:58 PM
Bamtah xpyh bercakap bahasa indon mixed melayu pun byk peminat indon dm ye..

Yang terpaling hari tu cowok indon pun xmahu dm ngapain sihhhh.. nyehehehe
Quote cmf_premierleag 15-4-2025 03:03 PM
Apa2 pun hambali tetappp kejunggg kayu kayan dlm drama tu
Quote Nozot 15-4-2025 03:03 PM
makan popcorn sambil baca cerita delulu
Quote cmf_premierleag 15-4-2025 03:06 PM
Cite bidaah ni dpt sambutan kat indon tu sbb related sgt dgn kisah diorg sendiri
Kat indon sana tu pun sah2 ramai gila mengaku nabi akhir zaman la, scammer2 mcm GISB Ayah pin penjual agama ni sume la.
So sbb tu indon suka...sbb mmg ramai penah experience dgn penjual agama mcm ni..siap ada yg kene cabul lg dgn ketua depa mcm si walid nih
Quote miss_strangers 15-4-2025 03:07 PM
Wow tahniah pelakon papan atas, bakalan menang pelakon terbaik FFM la ni khuennn kohkohkohkoh
Quote cmf_premierleag 15-4-2025 03:12 PM
Amalan2 bodoh pengikut2 penjual agama ni sama je kat dlm mana2 grup..dr al arqam, GISB, ayah pin, kalo kt indon, yg penah kecoh mcm gerakan fajar nusantara, al-qiyadah etc etc..amalan bodoh diorg mmg sama sgt mcm drama ni
Minum air kaki walid
Mandi air lebihan air mandi walid
Kawenkan sesama jemaah
Makan makanan/minuman lebihan sisa saki baki walid
Perdaya org lain utk bagi harta diorg kt kumpulan diorg atas nama wakaf/sedekah/infak
So indon2 ni kagum la sbb experience diorg ni diterjemahkan dlm bentuk drama..sbb tu depa sapot drama nih
Patah toksah perasan sgt
Quote lolipopmanish 15-4-2025 04:16 PM
“Sosis hambali layu.”
Dapat mesej begitu ke? Kohkohkoh
Quote apedehal 15-4-2025 04:20 PM
cmf_premierleag replied at 15-4-2025 03:06 PM
Cite bidaah ni dpt sambutan kat indon tu sbb related sgt dgn kisah diorg sendiri
Kat indon sana tu p ...

Kelakar wey deyol punya bidaah ada terowong masuk gua teleport ke mekah trus buat haji
Quote boudinniA 15-4-2025 04:33 PM
Masa fattahkayu keluar dengan filem indonesia tajuk Trinil tu pun ada berita macam ni.
Kenapa artis malaysia macam bangga bila dapat sedikit perhatian dari netizen indonesia. Dapat mesej dari orang indo pun bangga.
Quote kikiharris 15-4-2025 04:35 PM
Masa PW hangat bongkarkan kisah GISB tu, so ada lah mentioned pasal restoran² depa kat luar negara. Salah satu branch kat UK dah melingkup dah dek penangan kisah penunggang agama ni bila kena bongkar. Aku mmg tak tgk cite bidaah ni sbb geli dgn lifestyle diaorg ni, taksub sampai yucks!!! Teringat aku pic ketua GISB gemok gedempol kalah badak berendam pastu dgn bini2 serupa acik kepam badan gundu masing2..yg paling sakit hati tgk rumah anak2 jemaah kemain kotor, berus gigi pun share agaknya.
Mmg sial penunggang2 agama ni semua.
Quote Rogue98 15-4-2025 04:41 PM
Aku tak tengok bidaah pun dah 2.5 billion viewers.
Orang indon kata benak is goblok ...betul lah tu..
Quote Nozot 15-4-2025 04:47 PM
pejamkan mata bayangkan. walid eh... hambali.. syasul pula
Quote Nozot 15-4-2025 04:48 PM
Rogue98 replied at 15-4-2025 04:41 PM
Aku tak tengok bidaah pun dah 2.5 billion viewers.
Orang indon kata benak is goblok ...betul lah tu. ...

orang Indon suka ngan Attah kamu sebab sama2 tonggeng agama demi seketul fame..
Quote cmf_premierleag 15-4-2025 05:11 PM
apedehal replied at 15-4-2025 04:20 PM
Kelakar wey deyol punya bidaah ada terowong masuk gua teleport ke mekah trus buat haji

Iya...tu pun antara salah satu ajaran sesat diorg weh...baca komen2 indonesian lain yg cerdik pandai, diorg pun ckp yg diorg malu dgn bangsa diorg ni sbb x abih2 jd bodoh abadi

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.308621 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top