CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DJ Otai buat reunion di rumah Linda Onn

15-4-2025 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1903| Komen: 32|Original author: Raline

rn.PNG


Ibarat mengimbau semula era kegemilangan penyampai radio satu ketika dahulu, rumah terbuka anjuran Linda Onn menjadi medan berkumpul barisan bekas penyuampai radio ‘otai’.

Menerusi perkongsian Linda atau nama sebenarnya Rozlindah On ln, 47, dalam Instagram, dia menjemput rakan-rakannya ke rumah terbuka anjurannya beberapa hari lepas.

Tetamu Linda terdiri daripada daripada bekas penyampai yang pernah bekerja sebumbung dengan anak jati Singapura itu termasuk dari Era FM, Suria FM dan Sinar FM.



“Kepada yang pernah menjadi pendengar kami, inilah wajah-wajah yang pernah menghiburkan anda dulu. Bekas-bekas penyampai Era, Suria dan Sinar. Ada yang masih ke udara, ada yang sudah beralih arah,” tulisnya di bahagian kaspyen hantaran tersebut.

Tambah Linda lagi, dia sudah menganggap rakan-rakannya itu seperti keluarga sendiri.

“Berkerja dengan kalian tidak pernah terasa beban, tidak pernah terasa bosan. Bukan lagi ku anggap teman sekerja malah dah rasa seperti ahli keluarga. Semoga persahabatan kita kekal selamanya,” tulisnya.



Antara wajah-wajah ‘otai’ yang kelihatan dalam video tersebut ialah Halim Othman, Khairil Rashid, David Low, Keiran, Rostam, Jamal Jamaluddin, Naim Tee, Abby Fanna, Kudsia Kahar, Tyzo Xander dan Ray.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen termasuk selebriti tersentuh hati melihat semua deejay otai kesayangan mereka berhimpun.

“Terima kasih kerana pernah mewarnai hidup kami dari pagi sampai malam,” komen pengacara Amin Idris.



“Alhamdulillah terima kasih Linda kerana berkongsi video ini dalam Instagram. Semua peminat Era FM rindu dengan bekas-bekas penyampai Era. Mengalir air mataku melihat semua bekas penyampai Era. Kami rindukan kalian semua,” komen netizen.

Selain rakan-rakan penyampai radio, turut kelihatan di majlis tersebut penyanyi popular, Mimi Fly. Mereka juga sempat membuat video ‘Serumpun Challenge ‘.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belacan_gurl 14-4-2025 10:29 PM
Rindu abby fana
Quote jihyomelly 14-4-2025 10:33 PM
dj2 otai nih yg best..xde perli memerli..takde gurau pelik2..lebih info dari yg merepek
Quote zehra2 15-4-2025 07:31 AM
lama tak nampak.. ada yg masih bersiaran.
Alhamdulillah masih sihat semua nya.. kieran pun nampak semakin ok
Quote Hoola 15-4-2025 07:37 AM
zaman kegemilangannya dulu
hebat2
sgt prfessional sbg DJ !!
Quote kepingbewok 15-4-2025 08:03 AM
mesti sakit hati dj lin tak dijemput????
Quote ainonymous 15-4-2025 08:17 AM
ya ampunnn Khairil Rashid tetap helok ya walau dah tua.. apa heols buat skerang. dulu crush iols.
Quote Prickford 15-4-2025 08:26 AM
Ni semua DJ2 yg educated tinggi. Dulu2 apply jadi DJ tengok kelulusan. Tengok je la Halim Othman & JJ tu, study sampai kat US. Paling koman deyols ni ada degree in mascom. DJ skang banyak amik pelawak bodoh je.
Quote Jellobin 15-4-2025 01:46 PM
Rindunya mereka2 ni. Bagus linda buat reunion sambil beraya
Quote chandrahusin 15-4-2025 03:16 PM
dulu2 DJ best2
tak merepek
tak gelak meraban
tiba2 rindu plk zaman ni
Quote nadie90 15-4-2025 04:34 PM
Edited by nadie90 at 15-4-2025 08:42 AM

Membesar dgr radio di zaman kegemilangan depa...moga dipanjangkan umur dan murah rezeki

Skg kerap dgr Kool FM/Lite FM..sbb byk putar lagu2 popular masa zmn remaja..la dah masuk kategori remaja purba
Quote azimodin 15-4-2025 04:37 PM
Iouls fans era masa zaman kegemilangan era & sinar. Suka sangat K&K, Jamal Jamaludin, Seelan Paul & Najman.
Quote blakcswan 15-4-2025 04:46 PM
blh la buat trend menolak tua sesama
Quote blakcswan 15-4-2025 04:47 PM
dulu xde tgok tibi radio lah peneman setia kita. blh cam suara dorang. lagu2 pun best
Quote cmf_premierleag 15-4-2025 05:57 PM
Iols prefer geng2 DJ otai sume ni
Sbb zmn2 diorg kt radio Era dulu, best je
Dah la takde iklan, takde DJ yg memekak meracau mcm beruk kene belacan
Masih ingat lg ms time linda onn duty, dia buat slot petua bersama Linda
Yg carta era fm ms tu ada khairil n seelan paul
David low lak selalunya belah2 malam la
Jamal jamaluddin dan halim semang pulak selalu belah2 pagi
Quote cmf_premierleag 15-4-2025 05:58 PM
Mesti majlis raya ni linda buat kt umah mewah sheols kt bukit indah, ampang tu
Quote Burong_Hantuk 15-4-2025 06:57 PM
Ada jemput Kudsia kahar x
Quote sapeka 15-4-2025 11:24 PM
Best la
Quote babynina30 15-4-2025 11:46 PM
Burong_Hantuk: Ada jemput Kudsia kahar x


Dlm tu tulis ada. Sheols yg pipi kemain tggi tu ke
Quote Ubatgegat 16-4-2025 02:32 AM
babynina30 replied at 15-4-2025 11:46 PM
Dlm tu tulis ada. Sheols yg pipi kemain tggi tu ke

Yang belah kiri tu Kudsia,yg pipi tinggi kemain tersembul tu siapa ntah,aku pun tertanya² ???? 1000031406.jpg

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.530032 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top