CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah bangun seawal Subuh, sanggup masak untuk open house Syed Saddiq

15-4-2025 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7875| Komen: 181|Original author: Raline

ba.PNG


Bangun seawal subuh dan bersilat di dapur demi yang teristimewa, penyanyi dan pelakon Bella Astillah dilambung pujian apabila sanggup menyediakan sendiri hidangan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Ujar Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, Bella menyediakan hampir kesemua juadah menggunakan air tangannya sendiri termasuk sambal udang, ayam masak merah, makaroni, sayur campur dan beberapa hidangan lain.



“Bella yang masak dari awal pagi, semua hidangan dia buat sendiri dari A sampai Z. Saya dan Jack (pembantu) hanya tukang makan.

“Saya dah cadangkan untuk ambil katering, tapi Bella tetap nak masak.

“Pagi itu saya keluar joging, balik-balik dia masih di dapur. Itulah dia, wanita luar biasa Bella,” katanya dalam TikTok.



Lebih mengagumkan, Saddiq mendedahkan selepas selesai rumah terbuka, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu terus bergegas ke set penggambaran tanpa mengeluh penat.

“Tak cukup dengan rajin, Bella ni ‘multitasking’. Habis masak, terus kerja pula,” dedahnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap rajin dan berdikari ibu dua anak itu.

“Wanita idaman ramai lelaki, bukan sekadar cantik tapi pandai ambil hati,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Susah nak jumpa artis sanggup masak sendiri macam ni. Respect Bella!” komen seorang lagi.

“Dari dapur terus ke set, salute dengan semangat dia,” ujar seorang netizen.



Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Incanto 14-4-2025 09:10 PM
Edited by Incanto at 14-4-2025 09:11 PM

sanggup masak utk open house waibi

tp tak buat bekfes utk  anak sendiri
Quote limesherbet 14-4-2025 09:12 PM
Harusla practice jadi wife YB

Quote limesherbet 14-4-2025 09:13 PM
Tetamu2 YB pun panggil bella org baru dlm hidup YB and approve
Quote apedehal 14-4-2025 09:21 PM
Hihi shomel pulak...ni baru betul ye masak utk open hse yb...kalah kapel satu lg bakal mak mertua yg masakkan..papepun semoga berbodohan ..eh berjodohan.. ni kalau xjadi huhu penatnya masakkk
Quote sarah_ary2 14-4-2025 10:09 PM
maknanya dia masak kat rumah mak SS ke? ke rumah SS?
Quote Incanto 14-4-2025 10:56 PM
sarah_ary2 replied at 14-4-2025 10:09 PM
maknanya dia masak kat rumah mak SS ke? ke rumah SS?

rumah yg jadi markas MUDA


Quote nazriatie 15-4-2025 06:17 AM
Belum kawin dh jadi hamba abdi..tlg masak, eskot p court..payungkan mak yb..koser sgt
Quote apedehal 15-4-2025 06:32 AM
nazriatie replied at 15-4-2025 06:17 AM
Belum kawin dh jadi hamba abdi..tlg masak, eskot p court..payungkan mak yb..koser sgt

Da kawin xkuaser dah buat semua tu
Quote Kuin-Kepam 15-4-2025 07:11 AM
awal2 semuanye wangi
Quote immortallez 15-4-2025 07:17 AM
Sanggup jadi kuli beli barang basah, masak untuk ramai2 manusia demi misi mengikat YB. Tu kalau tak kawin dengan Diq tak tau la nak kata apa
Quote L.U.S.M 15-4-2025 07:26 AM
Try hard gila ek janda ni...

Yang lip sync si SS buat tu dh mcm kartun tgk..huduh sungguhberiya plak buat lip sync challenge..waibi gini nk lead msia?aigooo
Quote Aneem 15-4-2025 07:31 AM
Target sheol mmg nak jadi bini yb utk upgrade kehidupan
Tu yg sanggup jadi hamba abdi walhal sebelum ni memasak jarang2 sekali
Semuanya mak dia buat
Even jaga anak2 serah kat pakcik makcik
Quote ainonymous 15-4-2025 08:16 AM
hahahahahahaha all out ye Bella sebelum dapat. soalan off topic, masak banyak2 gitu sempat ke start dari subuh? kalau aku dari malam dah berkicap kat dapur
Quote Minami2013 15-4-2025 08:29 AM
Wah.. betul la dia yg masak. Astaga. Gitu sekali gigih nya dia dgn ss.
Quote shahirakay 15-4-2025 08:45 AM
ko dah kenapa pompuannnnnnnn.. ko dah tak ada selapis malu keeeee
Quote TomyamPuteh 15-4-2025 09:06 AM
Bella ratu Sabah. Jgn cuba2 nk komen yg bukan2. Nnti habis tentera Sabah keluar bekap.
Quote pauliza 15-4-2025 09:13 AM
Huhu gigihnya Bella ,harap2 berjodoh la ya .Tapi kagum jgk dia boleh masak banyak2 mcm tu .Iols kalau nak masak banyak2 mcm tu sorang2 ,at least sehari sebelum dah prepare bahan2 .Esoknya lps majlis  lumur minyak angin satu badan
Quote Miejaaa 15-4-2025 09:19 AM
Euww tengok pun tak selera.
Dah la pengotor, tengok pun tau tak sedap
Quote Miejaaa 15-4-2025 09:19 AM
Eh pukul 6 start masak?
Pukul berapa janda garit ni pergi markas MUDA tu? Pukul 5? Gila desperate nak tunjuk kau sanggup buat untuk BASS

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.101439 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top